Anak bongsu pilih naik bas berbanding Rolls Royce ke sekolah, malu ada ibu bapa terkenal seperti David dan Victoria Beckham

Kata Victoria, anak bongsunya berasa malu apabila suaminya, David Berckham menghantarnya ke sekolah dan meminta untuk menaiki bas seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan anak perempuannya, Harper Seven Beckham malu mempunyai ibu bapa yang terkenal.

Dedahnya lagi, Harper pernah meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun daripada kereta mewah.

“David menghantarnya menggunakan kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan.

“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu menaiki bas sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,” katanya.

Kata Victoria dia mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh David ketika berbual-bual mengenai anak kesayangannya itu.

Victoria mendedahkan perkara itu menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini.

Sumber :Mstar

Leave a Comment

error: Content is protected !!