Wow jantan Korea. Aku tak kira, Aku nak dia! Aku nak dia!. Amboi sampai macam tuh aksi ko yer betina.

Wow jantan Korea. Aku tak kira, Aku nak dia! Aku nak dia!. Amboi sampai macam tuh aksi ko yer betina.

Kucing sememangnya seekor haiwan yang comel manakan tidak, gelagat lucu dan manja mereka sahaja sudah cukup mencuit hati sesiapa sahaja yang melihat. Bagi sesetengah pemilik kucing, mereka biasanya tidak akan membiarkan kucing mereka berkeliaran di luar rumah atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, kucing yang selalunya jarang dibiarkan keluar rumah ini akan cukup teruja sekiranya melihat tetamu di luar rumah.

Reaksi Teruja Si Bulus Nampak Kucing Jantan Di Luar Rumah Undang Ketawa

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya ini yang mencuit hati netizen baru-baru ini. Turut dapat dilihat, seekor kucing yang bergegas berlari ke pintu apabila melihat kemunculan kucing jantan itu.

Sama macam gelagat seekor kucing ini yang begitu teruja sebaik sahaja melihat kemunculan seekor kucing lain di luar rumah. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi terujanya ini yang seperti jatuh cinta pandang pertama sahaja.

Video:

Kucing itu juga dilihat terus memandang ke arah kucing jantan tersebut sambil memanjat pagar tersebut. Melihatkan gelagatnya ini, netizen turut berseloroh tidak menyangka kucing juga mempunyai reaksi yang sama seperti manusia.

Lebih melucukan, dia juga turut kelihatan teruja melihat kucing tersebut dan sanggup memanjat pagar rumahnya itu untuk melihatnya. Malah sekali pandang, ianya kelihatan seperti mereka yang sedang mengintai crush mereka yang lalu di hadapan rumah.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi teruja kucing tersebut. Malah ada yang berseloroh menggelarkan situasi ini sebagai kisah percintaan di antara dua darjat seperti yang selalu disaksikan di dalam drama.

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!