Bantu Wanita Buta Lintas Jalan, Tindakan Brader Helmet Purple Dipuji Netizen
Seorang penunggang motosikal menyorot perhatian apabila tindakannya yang berhenti untuk membantu seorang wanita yang kurang upaya penglihatan melintas jalan tular di media sosial.
Menerusi TikTok, pengguna yang menggunakan nama @braderhelmetpurple, dilihat sedang menunggang motosikalnya secara santai sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya di tepi jalan selepas menyedari terdapat seorang wanita yang berdiri agak lama di baju jalan.
@braderhelmetpurpleKejadian petang tadi…
Pemuda itu kemudiannya bergegas mendapatkan wanita itu sebelum membantunya melintas jalan dengan berhati-hati.
Lebih menyentuh hati, pemuda itu turut memastikan wanita berkenaan benar-benar selamat sampai ke seberang sebelum kembali semula ke motosikalnya
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji sikap prihatin ditunjukkan pemuda tersebut.
Komen Natizen




Leave a Reply