Agar-Agar Lumut Gula Melaka
Bahan-bahan
• 1 paket agar-agar tali (20g)
• 5 cawan air
• 250g gula melaka (potong kecil)
• 2–3 sudu besar gula pasir (ikut manis)
• 200ml santan (1 kotak kecil)
• 1 biji telur
• 2 helai daun pandan (simpul)
• ½ sudu kecil garam
Cara Penyediaan
1. Masukkan agar-agar + air + daun pandan.
2. Masak hingga agar-agar larut sepenuhnya.
3. Masukkan gula melaka + gula pasir.
4. Kacau hingga larut dan tapis jika perlu.
Dalam mangkuk, pukul perlahan:
• Santan
• Telur
• Garam
5. Perlahankan api.
6. Tuang bancuhan santan sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan satu arah sahaja.
7. Teruskan kacau hingga nampak lumut terbentuk.
8. Bila lumut sudah jelas dan adunan mendidih perlahan, tutup api.
9. Tuang dalam loyang.
10. Biarkan sejuk hingga keras.

Leave a Reply