4 Bulan Dalam Rahim, Mak Ayah Redha Lepaskan Baby Kembar Tunggu Di Pintu Syurga

Setiap anak yang dikandung pastinya sangat dinanti kelahiran mereka. Fasa mengandung selama berbulan lamanya pasti akan menjadi memori manis buat si ibu. Tidak terkecuali juga si bapa yang sudah berkira-kira untuk memberikan yang terbaik kepada anak yang bakal dilahirkan.

Namun, tidak semua rezeki kehamilan buat mana-mana pasangan akan berakhir dengan kelahiran yang sempurna. Ada ketikanya kandungan terpaksa dilahirkan lebih awal dan ada ketikanya juga kelahiran terpaksa digugurkan kerana ia mampu menggugat nyawa si ibu.

Itulah apa yang berlaku kepada seorang ibu ini yang terpaksa mengorbankan nyawa anak kembar yang sedang dikandungnya kerana ia akan memberikan kesan terhadap kesihatan dan nyawa ibu.

TIDAK SEMPAT MERASA GERAK MANJA DI DALAM PERUT

Baru sahaja si ibu ingin merasai gerak manja anak-anak syurganya didalam perut. Namun, kandungan tersebut hanya sempat bermanja dengan si ibu selama empat bulan sahaja.

KELIHATAN SEPERTI NYENYAK TIDUR BERSAMA

Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh akaun Facebook Mr Wan Cai Official, dia mengatakan kedua-dua kembar abang dan adik tersebut sepertinya kelihatan sedang nyenyak tidur bersama.

Kedua-duanya meninggal selang 30 minit selepas dikeluarkan dari rahim ibu mereka demi menjaga kesihatan dan nyawa si ibu. Hal ini kerana doktor menyatakan bahawa kandungan tersebut turut hadir bersama komplikasi yang boleh membahayakan si ibu.

KEPUTUSAN YANG SANGAT SUKAR BUAT BAPA

Siapa yang mampu melakukan keputusan dengan tenang dalam situasi sebegini? Nyawa isteri yang sudah sekian lama bersama dan sangat dicintai. Nyawa anak yang dikandung yang sudah lama dinanti.

Ia ternyata merupakan satu keputusan yang sangat sukar buat si bapa. Namun akhirnya dengan nasihat doktor, mereka terpaksa memilih untuk membuat keputusan sedemikian.

Ingin kami kongsikan bait daripada perkongsian laman Facebook berikut yang ternyata sangat menyentuh kalbu.

“Si bapa terpaksa membuat satu keputusan yang sangat berat..

Ibarat diluah mati emak..

Ditelan mati bapa..

Kedua duanya si bapa sayang..

Si kembar akhirnya terpaksa dikeluarkan awal.

Si ibu dan si bapa tiada pilihan lain..

Nak atau tidak mereka perlu redha..

Si kembar dikeluarkan tidak berapa lama selepas ubat disuntik kepada si ibu..

Kedengaran suara tangisan setelah si kembar berjaya dilahirkan..

Tangisan yang kuat menjadi semakin sayup..

Kemudian terhenti menandakan si kembar sudah tidak lagi bernyawa..

Si abang dan si adik hanya mampu bertahan selama 30 minit..

Berakhirnya impian si ibu dan si bapa..

Hajat untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian..

Si abang dan si adik memilih untuk menunggu ibu bapanya dipintu syurga..

Dipinjamkan si kembar selama 4 bulan dirahim ibunya..

Dipanggil pulang pabila sifat yang ada telah cukup sempurna..

Telah kami sempurnakan pengurusan untuk kedua dua kembar syurga ini..

Si kembar dikebumikan ditanah perkuburan islam Kota Raja..

Si abang diberi nama Muhammad abu bakar..

Si adik pula diberi nama Muhammad omar..

Salam takziah buat kedua ibu bapa kembar wildan syurga ini😭”

WARGANET TURUT SAYU DAN SEDIH

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sangat sedih dengan apa yang telah menimpa pasangan ini.

Mungkin mudah bagi kami yang tidak merasakannya untuk memberikan kata-kata semangat buat keluarga ini. Namun, melihat keadaan anak-anak syurga tersebut dan kisah disebaliknya, kami jujur yang kami sangat terkesan dan turut sama berasa sedih.

Sabarlah kerana anak-anak syurga ini sedang menanti keluarga mereka di syurga. In shaa Allah.

SUMBER : Akses Info, FB MR WAN CAI OFFICIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!