2 lelaki dik0mpaun RM2,000 sarapan di kedai kopi

KEMAMAN: Dua lelaki berusia dalam lingkungan 35 tahun dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana bersarapan di sebuah kedai kopi di Cukai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kompaun sebanyak RM10,000 turut dikenakan kepada pengusaha kedai kopi tersebut kerana membenarkan pelanggan makan di premisnya.

Katanya, tindakan itu diambil kerana kesemua individu berkenaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Premis itu dikesan membenarkan pelanggan makan dan ketika serbuan dilakukan terdapat dua lelaki yang menikmati hidangan mereka dan terkejut dengan kehadiran polis.

“Kedudukan kedai kopi yang tersorok di belakang bangunan mungkin menyakinkan pengusahanya yang berusia 50-an itu kononnya aktiviti tersebut tidak dapat dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Sumber : utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*