Yusof Haslam buat pngakuan terpaksa cagar surat beranak Syamsul demi pinjam ahlong kerana mahu..

@my1rekomen Surat beranak jadi cagaran | Datuk Yusof Haslam #podcastclip #podcastshorts ♬ original sound – myRekomen

“Saya sanggup bergolok-bergadai termasuk meminjam daripada along Melayu hingga terpaksa cagarkan surat beranak anak. “

Itu pendedahan pemilik empayar Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, 71, yang pernah menjadikan sijil kelahiran atau surat beranak, anaknya, Syamsul Yusof sebagai cagaran kepada peminjam wang tidak berlesen atau along.

Menurutnya, tindakan itu diambil demi mencukupkan modal menerbitkan drama pertama syarikatnya itu.

Yusof yang menubuhkan Skop Productions pada 1985 mengimbau beliau berada dalam keadaan terdesak dan mahu merebut peluang bagi mendapatkan kontrak drama bernilai RM300,000 daripada RTM yang ketika itu mula menerbitkan drama melalui projek penswastaan dan sedang mencari penerbit berkelayakan.

“Selepas lima bulan Restoran Haslam beroperasi, saya buka pula Skop Production pada 1985.

“Kebetulan, ketika itu RTM laksanakan projek penswastaan drama. Jadi, mereka buka tender kepada penerbit tempatan. Saya ambil peluang itu atas galakan sahabat, Datuk Latifi yang ketika itu pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP).

“Saya kenal beliau ketika penggambaran filem Bukit Kepong. Filem itu menjadi ‘turning point’ dalam hidup saya. Jika tidak kerana filem itu, saya tidak kenal anggota polis dan tidak wujudlah drama kepolisan saya.

“Latifi yang galakkan saya terbitkan drama berbentuk kepolisan kerana dia beritahu, drama berbentuk kekeluargaan sudah banyak,” katanya.

Yusof mengaku ketika itu beliau tidak tahu menahu mengenai dunia kepolisan, namun, Latifi berjanji membantunya.

“Saya masih ingat, ketika itu, dalam tangan saya hanya ada RM20,000. Hendak dapatkan surat jaminan daripada bank perlu ada sekurang-kurangnya RM45,000.

“Kawan saya adalah bantu sedikit sebanyak, tetapi, masih tidak mencukupi. Saya cuba pinjam ke sana ke mari demi mencukupkan modal RM45,000.

CAGAR SURAT BERANAK ANAK KEPADA AHLONG

“Saya sanggup bergolok-bergadai termasuk meminjam daripada along Melayu hingga terpaksa cagarkan surat beranak anak.

“Itulah bagaimana bermulanya pembabitan saya dalam penerbitan drama,” katanya dipetik dalam program audiosiar Buat Saja Podcast.

Drama pertama yang dihasilkan Skop Productions berjudul Remang-Remang Kota Raya sebanyak lima episod. Malah, Yusof memberitahu, judul drama itu juga diberi Latifi.

Penggorbanan Yusof yang terpaksa bergolok bergadai ternyata berhasil apabila beliau berjaya mendapat kontrak RM 300,000 daripada RTM hingga lahirnya projek kedua, ketiga dan seterusnya.

Sumber: beritaharian

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*