“Walaupun Menjadi Sumber Pendapatan Keluarga Namun Terpaksa Melepaskannya”, Jual Kesemua Lembu Setelah Jadi Punc4 K3mati4n Anak

“Walaupun Menjadi Sumber Pendapatan Keluarga Namun Terpaksa Melepaskannya”, Jual Kesemua Lembu Setelah Jadi Punc4 K3mati4n Anak

KOTA BHARU: “Saya terpaksa menjual kesemua 13 ekor lembu berkenaan termasuk lembu kesayangan arw4h anak saya.”

Demikian luahan Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29, iaitu bapa kepada Raja Abdul Wafi, 6, yang m4ut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, dalam kejadian jam 6.40 petang kelmarin di Kampung Rahmat, Jeli.

Katanya, walaupun kesemua lembu dijaga sejak lima tahun lalu, selain menjadi sumber pendapatannya, namun dia tidak mampu lagi untuk menjaganya mengenangkan apa yang berlaku pada anak sulungnya.

“Kejadian berlaku di depan mata saya. Saya menyaksikan bagaimana Abdul Wafi diser3t sehingga men1ngg4l dunia.

“Dengan apa yang berlaku itu menyebabkan saya trauma dan tidak mampu lagi menjejakkan kaki ke padang berkenaan selain menguruskan kesemua lembu berkenaan.

“Walaupun sayang dengan binatang berkenaan kerana menjadi sumber pendapatan saya sekeluarga, namun saya terpaksa melepaskannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Raja Hishamuddin berkata, masih terngiang-ngiang lagi suara anaknya yang meminta dia tidak menjual lembu kesayangannya berusia dua tahun itu.

“Memang saya akui arw4h anak saya terlalu sayangkan lembu berkenaan dan hampir setiap hari dia akan bercakap dengan lembu itu seperti bercakap dengan rakan.

“Namun, saya percaya jika kejadian itu berlaku kepada orang lain, mereka juga akan mengambil keputusan sama seperti yang saya akan lakukan,” katanya.

Mengenai penetapan harga lembu berkenaan, Raja Hishamuddin berkata, dia sedang menilai harga lembu terbabit berdasarkan usia dan saiz binatang berkenaan.

“Saya berharap proses penjualan lembu ini berjalan lancar dan ada pembeli yang berminat dengan lembu saya,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.40 petang kelmarin, Raja Abdul Wafi men1ngg4l dunia di Hospital Jeli akibat k3ced3raan parah di kepala berikutan diser3t lembu sejauh 50 meter.

Kejadian berlaku ketika m4ngsa ke lokasi kejadian bersama bapanya untuk mengambil lembu peliharaan mereka.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Semoga Dipermudahkan

Sumber:bharian.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*