Tular warga asing beli minyak masak paket: KPDN Selangor dedah perkara sebenar

Tular warga asing beli minyak masak paket: KPDN Selangor dedah perkara sebenar

Kajang: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mendapati tiada penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing oleh sebuah premis perniagaan di Bangi di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

KPDN Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular berkenaan dan menjalankan pemeriksaan di premis terbabit semalam.

“Pemeriksaan mendapati premis terbabit sebenarnya menghalang pembelian minyak masak paket kepada warga asing dan tiada jualan berlaku.

“Bagaimanapun KPDN Selangor melakukan pemeriksaan lanjut di premis terbabit dan mendapati premis gagal menyelenggara buku rekod barang kawalan berjadual,” kata kenyataan.

Menurutnya, susulan itu premis terbabit dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video memaparkan sekumpulan individu dikatakan warga asing mengambil minyak masak paket bersubsidi di sebuah premis dikatakan di Bangi.

Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet, yang mana rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pihak kedai yang dikatakan tidak menghalang pembelian.

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*