‘Demam Cinta’ Berbual Di Telefon Pintar 200 Jam T4npa H3nti

‘Demam Cinta’ Berbual Di Telefon Pintar 200 Jam T4npa H3nti

Jakarta: Seorang gadis tular di Indonesia laman sosial selepas berkongsi kisahnya berhubung dengan kekasih jarak jauh selama lebih 200 jam tanpa henti.

Gadis itu berkongsi kisah berkenaan dengan memuat naik video tangkap layar di aplikasi TikTok.

Tribunnews m3lap0rkan remaja dikenali sebagai Cia Fei, 17, adalah seorang pelajar sekolah menengah.

Teman lelakinya dikenali sebagai, Andrew Ken, 18, pula bersekolah serta bekerja separuh masa di Jepun.

Mereka berhubung menerusi aplikasi Line.

Mereka turut rekod baharu bagi tempoh berbual paling lama.

Menurut gadis mesra disapa Cia Fei itu, dia tidak sangka kisahnya akan tular dan hanya mengikut trend dengan idea itu tercetus daripada seorang rakannya.

Bagaimanapun, Cia Fei menjelaskan yang dia dan teman lelakinya bukan berbual sepanjang tempoh itu.

“Kami tidak hanya duduk di hadapan komputer riba untuk berbual kerana melakukan aktiviti masing-masing pada waktu yang sama.

“Jika kami m4ndi, komputer riba itu akan ditinggalkan di dalam bilik, manakala di sisi ketika tidur,” katanya.

Cia Fei memberitahu dia tidak bosan berhubung dengan teman lelakinya itu selama lebih lapan hari.

“Kami bukan bersembang mengenai hal peribadi saja tetapi pelbagai perkara secara rawak dan tidak berbual sepanjang masa kerana ada waktunya melakukan aktiviti masing-masing,” katanya. -CARI

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share..Terima Kasih Banyak!

Sumber:mforum1.cari.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*