80% Dah Selesai Siasatan K3s Ladang Durian Har4m Di Raub

80% Dah Selesai Siasatan K3s Ladang Durian Har4m Di Raub

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penceghan Rasu4h Malaysia (SPRM) sedang melengkapkan siasatan berhubung isu p3ncer0b0han tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara har4m di Raub.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata setakat ini siasatan yang mengambil masa untuk diselesaikan itu sudah 80 peratus siap.

Beliau berkata, dalam siasatan yang dijalankan, SPRM sudah memanggil peneroka dan pihak berkuasa berkaitan untuk diambil keterangan masing-masing.

“Kita harus faham, dalam isu ini ada dua perkara. Pertama, berbangkit ketidakpuasan hati masyarakat dalam k3s berkenaan dan SPRM tidak boleh campur tangan kerana ia membabitkan siasatan pihak berkuasa lain.

“Kedua, isu rasu4h. Di sini kita sudah buka fail siasatan untuk tindakan lanjut. Beri kami masa dan kerana k3s (pencerobohan tanah) yang berlaku ini bukanlah kes baharu, ia sudah lama,” katanya.

Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara har4m di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun har4m termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub itu adalah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*