Ditemui Semula Selepas 14 Bulan, Badan Si Comel Ini Naik Dua Kali Ganda! – Rupanya ‘Menyorok’ Dekat Kilang Makanan Kucing

Si comel yang dipelihara oleh sebuah keluarga telah hilang selama 14 bulan dan bertemu semula dengan keluarganya selepas dia ditemui di sebuah kilang makanan haiwan berdekatan. 

Si Comel Ini Rupanya ‘Menyorok’ Dekat Kilang Makanan Haiwan

Clive, seekor kucing Hutan Norway, hilang dari rumahnya dan menyebabkan pemiliknya rasa sangat sedih. Mereka berusaha mencarinya dengan memasang poster di sekitar kawasan kejiranan mereka tetapi malangnya, tidak berjaya.

si comel

 “Dulu dia sangat nakal dan suka keluar rumah. Mesti ada orang yang ambil sebab kucing tu comel.”

Ternyata, tiada siapa yang mengambil Clive masuk. Semasa ditemui oleh kakitangan sebuah kilang makanan haiwan, mereka pada mulanya menyedari makanan kucing di kilang tersebut telah hilang dan memutuskan untuk menangkap ‘pencuri’ itu. 

Mereka meninggalkan jejak makanan kucing yang membawa kepada bakul yang digantung dan akan menyebabkan bakul tersebut terjatuh untuk memerangkap ‘pencuri’ di dalamnya. 

si comel

BACA JUGA: Kehadiran Kanak-Kanak Ini Di Tepi Jalan Menimbulkan Tanda Tanya 0rang Ramai

Berjaya Menemui Tuannya Semula Selepas 14 Bulan

Pada satu hari, selepas kakitangan masuk, mereka melihat bahawa perangkap itu telah terjatuh. Ini bermakna, ‘pencuri’ sudah berjaya masuk perangkap. Ternyata ia kucing yang hilang itu!

Pekerja membawa si comel tersebut ke doktor haiwan untuk mengimbas cip mikronya dan menunjukkan bahawa dia didaftarkan kepada keluarga Irons, yang tinggal hanya kira-kira dua batu dari kilang makanan haiwan tersebut. 

Ketika dibawa menemui tuannya, mereka seperti tidak percaya bahawa itu adalah kucing mereka yang hilang kerana saiznya adalah dua kali ganda daripada saiznya yang asal!

si comel 2

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!