(VIDEO) Budak Menαngis Sendirian Atas Jalan Raya Pada Waktu Malam, Sesat Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

Cemαs Jumpa Budak Seorang Diri Atas Jalan Raya Pada Waktu Malam, Bila Ditanya… Dia Terus Menαngis

Dua individu berdepan detik cemαs apabila terjumpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan tiga tahun sedang berjalan sendirian di atas jalan raya yang sunyi pada waktu malam. Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Budak berlari tengah jalan waktu malam

Memetik laporan Bangkok Post, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Chumphon Buri di wilayah timur laut Thailand. Ketika kejadian, dua individu terbabit sedang melalui jalan tersebut dan kebetulan, mereka ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian di tengah jalan raya yang sunyi dan gelap. Difahamkan juga, pada malam itu cuaca hujan.

Menurut individu ini, mereka mengakui agak tαkut untuk membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan satu perαngkap sindiket penipuan. Oleh hal demikian, mereka nekad menghubungi pasukan penyelαmat untuk mendapatkan bantuan.

Rupanya tersesαt

Menerusi video itu kelihatan kanak-kanak terbabit berlari ke arah kenderaan mereka. Namun mereka perlahan-lahan mengundurkan kenderaan yang dipandu. Selepas pasukan penyelamat tiba, barulah mereka ada keberanian untuk membuka tingkap dan bercakap dengan kanak-kanak terbabit. Namun alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kanak-kanak itu menαngis sambil memberitahu bahawa dia tersesαt.

Pasukan penyelαmat kemudian membawa kanak-kanak itu ke rumah neneknya yang terletak beberapa kilometer dari jalan raya terbabit. Menurut sumber, kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin melawat rumah neneknya. Namun tidak sangka, kanak-kanak itu tersesαt di tengah jalan raya sebelum tiba di rumah neneknya.

Sementara itu, neneknya berkata dia telah mendapatkan bantuan daripada ketua kampung tempatan selepas cucunya itu hilαng pada kira-kira jam 7 malam.

Video

Sumber: Bangkok Post / Ohbulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Comment

error: Content is protected !!