Disebabkan Keg4gal4n Mora di ACl Rata-rata Peminat M3ngec4m Beliau,Namun TMJ Pertahankan Mora

Disebabkan Keg4gal4n Mora di ACl Rata-rata Peminat M3ngec4m Beliau,Namun TMJ Pertahankan Mora

KUALA LUMPUR: Keputusan meng3cew4kan yang diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini mencetuskan kec4man terhadap pengendalinya, Benjamin Mora.

Malah, segelintir pengguna media sosial yang dipercayai penyokong JDT mempertikai taktikal yang direncanakan Mora dan mend3sak pengendali berusia 41 tahun itu dipec4t dengan banyak komen ‘Mora out’ di buat di laman Instagram rasmi kelab.

Kec4man dan des4kan itu turut mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilihat seakan mempertahankan Mora.

“Siapa lantik Mora? Saya. Kenapa tiada orang suruh saya out (keluar)? Saja nak tanya. Tahun ini sudah ada satu piala, betul? Setiap tahun dari 2014 ada satu atau dua piala, betul?

“Ini ACL. Kita pernah menang perlawanan ACL, kita seri, kita kal4h. Lawan kelab Jepun kita pernah menang, lawan kelab Korea kita pernah menang.

“Sekarang tahap kita belum setinggi untuk ACL. Tetapi untuk bersaing di ACL adalah satu penghormatan. Kita satu-satunya kelab dari negara ini main ACL.

“Bagus untuk ada cita-cita. Tetapi cita-cita dengan khayalan berbeza. Pertama, sedar diri tahap kita kelab Malaysia, kedua baru impian. Ketiga jangan putus asa dan teruskan peningkatan,” tulisnya dalam satu komen di Instagram rasmi kelab, malam tadi.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut kongsikan komennya itu di ruangan Instastory, namun ia seakan sudah dipad4m.

JDT menamatkan perjuangan mereka di pentas ACL di kedudukan ketiga Kumpulan G selepas mengumpul empat mata dari enam perlawanan di Bangkok, Thailand.

Juara bertahan Liga Super itu tew4s semua perlawanan berdepan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers dan Jepun, Nagoya Grampus dan hanya meraih kemenangan serta keputusan seri menentang Ratchaburi.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*