Kuala Lumpur : Pelakon Rita Rudaini, 49, mengucapkan terima kasih kepada semua guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor sempena meraikan jamuan akhir tahun sekolah berkenaan.
Perkara itu dikongsikan Rita dalam hantaran video dimuatnaik di Instagram (IG) miliknya dengan memaklumkan juga jamuan akhir tahun bersama guru-guru MRSM terbabit yang berlangsung pada 5 Disember lalu dari Voice of Parents (VOP).
Terima kasih cikgu. Sepanjang tahun cikgu tak pernah jemu membimbing anak-anak kami dengan senyum, sabar dan semangat yang tak pernah padam.
“Setulus harapan doa dan semangat dari cikgu, doa yang lembut mengiringi setiap langkah, ungkapan semangat yang tak pernah luntur, demi kejayaan semua anak kini dan masa depan.
“Semoga langkah cikgu sentiasa ringan, hati cikgu sentiasa tenang dan setiap penat diganti dengan seribu kemanisan,” tulisnya pada kapsyen video dimuatnaik berserta dua emoji hati berwarna kuning dan putih.
Meninjau juga di ruangan komen, rata-rata netizen didapati menyokong dan mendoakan Rita agar menang dalam kes mahkamah yang membabitkan dirinya.
“Saya sokong Rita Rudaini. Saya doakan dia menang dalam kes saman itu. Doa saya bersama Rita,” tulis seorang warganet.
“Saya doakan yang baik-baik datang dalam hidup Rita dan anak-anaknya,” komen netizen.
“Go Rita, kita tahu niat awak baik. Pernah berada di situasi saya,” ujar warganet.
“Jalan terus kak Rita, kami sokong,” kata seorang pengguna media sosial.
Terdahulu, Rita dipercayai berhadapan saman daripada tokoh akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Sabak Bernam dan timbalannya selepas notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhi.


Leave a Reply