‘Saya Memang Asal 100% Orang P4last1n’, CEF AMMAR Terharu Sokongan Rakyat Malaysia

Ramadan lalu, nama Cef Ammar meniti di bibir penggemar makanan. Semuanya kerana kelazatan juadah Nasi Arab air tangan cef selebriti ini sehingga menjadi viral di media sosial. Sampai pelanggan sanggup beratur panjang di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 semata-mata mahu menjamu menu istimewa tersebut.

Dengar khabar, gerai belum buka pun dah ramai yang berbaris. Luar biasa penangan Cef Ammar!

Semalam, nama Cef Ammar atau nama sebenarnya Ammar Al Ali sekali lagi menarik perhatian ramai. Hangat dengan isu Palestin kebelakangan ini, personaliti televisyen yang pernah popular menerusi program masakan ‘Masak Dari Hati, Masak With Iman’ berkenaan tampil menzahirkan rasa sebak dan terharu atas sokongan rakyat Malaysia terhadap situasi yang menimpa tanah air kelahirannya.

Berkongsi perasaan itu di aplikasi TikTok, Cef Ammar tanpa berselindung mendedahkan latar belakang keluarga yang berketurunan Palestin. Ujarnya, “Saya memang asal orang Palestin. Great-grandfather orang Palestin, my great-grandfather orang Palestin. My grandfather saya orang Palestin. My father dan ibu saya orang Palestin. Aunty, uncle, cousin semua orang Palestin.

Saya memang asal 100 peratus orang Palestin. Rakyat Malaysia… saya sayang awak. Thank you very much for supporting us, supporting Al-Aqsa, supporting Palestin. Your voice is good enough for me. I really love you with all my heart. May Allah bless you all Malaysian.”

Tambah Cef Ammar lagi, Malaysia ibarat rumah kedua baginya dan dia sudah menetap di negara ini lebih daripada 25 tahun.

Di samping isteri tercinta

Memetik kenyataan Cef Ammar dalam Utusan kira-kira lapan tahun lalu, dia merupakan suami kepada seorang wanita tempatan kelahiran Pulau Pinang yang dikenalinya sejak tahun 1996 bernama Zuraini Abu Kassim. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan Cef Ammar sudah pun mempunyai cucu.

Cukup bersahaja memasak dalam portion yang besar, Cef Ammar juga disifatkan seorang suami yang penyayang dan mengingati setiap tarikh penting seperti hari perkahwinan dan sebagainya. Untung isteri!

Sepanjang lebih dua dekad di negara ini, Cef Ammar mempunyai studio masakan di Subang Jaya. Antara menu Cef Ammar yang menjadi pilihan ramai ialah Lamb Shank Mandy Bersama Telur Saffron dan Ayam Ros Kabsah. Difahamkan, pada Ramadan lepas dia menyediakan sekitar 600 hingga 700 pek setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Kredit: Instagram Chef Ammar Al Ali

Kredit video : Instagram Shahrulezad Mohameddin

Leave a Comment

error: Content is protected !!