Resipi Rendang Daging Campur Paru dan Hati

Resipi Rendang Daging Campur Paru dan Hati

Rendang  daging memang sudah menjadi kegemaran ramai, tetapi jika anda ingin hidangan yang lebih “meriah” dan kaya dengan rasa, rendang daging campur paru dan hati adalah jawapannya! Gabungan ini bukan sahaja memberikan kepelbagaian tekstur, malah rasa lemak hati dan kekenyalan paru menjadikan setiap suapan lebih istimewa.

Rendang campur ini sangat sempurna dimakan bersama lemang, ketupat palas, atau pun nasi himpit. Jika dimakan dengan nasi putih panas bersama sambal belacan pun sudah cukup untuk buat anda bertambah nasi!

Jom cuba resipi rendang daging bersama dengan paru dan hati oleh Puan Mariana Zainal ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo daging (potong ikut suka) – jika letak paru (rebus paru dahulu ya), jika letak hati lembu tak perlu rebus.
  • 4 cawan santan pekat (daripada 2 biji kelapa) kalo takde guna santan kotak 2 kotak kecil
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 sdb gula
  • 2 sdt garam (jika kurang sila tambah)
  • Sedikit bahan perasa (jika suka)
  • 4 sdb kerisik (kalo guna dalam peket kecik guna 4 peket)
  • 3 helai daun kunyit (hiris halus)
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 senduk minyak masak umtuk menumis

Bahan Kisar:

  • 25 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas putih
  • Halia (sebesar ibu jari nak 2)
  • Lengkuas (buh sikit jer)
  • 5 batang serai
  • 1 1/2 sdb biji ketumbar
  • 1 1/2 sdb jintan manis

Kisar semua bahan di atas ini.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan  daging, santan, air dan daun limau purut dan masak hingga kuah mula kering.

2. Masukkan asam keping, gula, garam dan bahan perasa. Teruskan masak hingga kuah rendang pekat. Tabur daun kunyit, gaul seketika dan tutup api.

3. Jika daging masih liat boleh tambah air. Masaklah hingga daging empuk.

Nota Resepi Bonda:

Memasak organ dalaman memerlukan sedikit teknik tambahan supaya rendang anda tidak berbau dan teksturnya cantik:

  1. Rebus Berasingan – Paru perlu direbus sehingga empuk dengan sedikit halia dan garam sebelum dipotong untuk menghilangkan bau hamis dan memudahkan proses memasak.
  2. Hati Masuk Terakhir – Hati mempunyai tekstur yang lebih lembut dan cepat masak. Masukkan hati apabila rendang sudah hampir kering (fasa kerisik) supaya ia tidak hancur.
  3. Kerisik & Santan Pekat – Kunci kepada rendang yang tahan lama dan harum adalah penggunaan kerisik yang segar dan santan yang cukup pekat.

Sumber : Resepi Bonda

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*