Resipi Original Laksa Johor Dengan Sambal Belacan
Resipi Original Laksa Johor Dengan Sambal Belacan
Alhamdulillah, dah banyak kali saya buat Laksa Johor ni. Bukan setakat buat untuk makan family tapi jualan jugak. Permintaan pun ramai dan ramai jugak puji sedap. So saya nak share resepi The Original Laksa Johor.
Aksesori Original Laksa Johor saya cuma guna timun, taugeh, sambal belacan, daun kesum dan limau purut. Kalau ada orang lain yang buat, penambahan aksesori tu mungkin cara orang lain sebab citarasa kita tak sama kann?. Saya halalkan perkongsian Laksa Johor ni. Hanya doakan segala urusan saya dipermudahkan. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan:
- 1 paket Spagheti Angle Hair
- 1 kg Ikan Kembong/Selayang/Tenggiri/Parang
- 1 mangkuk Cili Kisar
- 3 sdb Rempah Laksa Syarifah @ Rempah Kari Ikan
- 1 sd Udang Kering*
- 3 bj Bawang Besar*
- 5 bj Bawang Putih*
- 1 inci Halia*
- 1 1/2inci Lengkuas*
Blend bahan bertanda (*)
- 1 kotak Santan
- 60g Kerisik
- 2 btg Serai
Bahan Sambal Belacan:
- 15 bj Cili Padi Merah
- Air Asam Jawa
- 1 inci Belacan
- Garam, Gula & Perasa
Blend kesemuanya bahan di atas.
Bahan Aksesori Lain:
- Taugeh (Buang ekor)
- Timun (Kupas kulit dan potong secara membulat)
- Bawang Besar (Hiris halus)
- Limau Kasturi
- Daun Kesum (Hiris halus)
Cara Membuatnya:
1. Rebus spagheti hingga lembut bersama sedikit minyak. Pastu cuci semula spagheti dan simpulkan.
2. Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping. Selepas tu asingkan isi ikan dengan tulang. Blend isi ikan bersama air rebusan tadi dan blend tulang ikan dan tapis. Ketepikan.
3. Tumis bahan blend dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah laksa dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan isi ikan tadi bersama air rebusan, kerisik, santan dan perasakan bersama gula dan garam.
4. Biarkan mendidih dan kuah sedia untuk dihidangkan bersama dengan spagheti, sayuran, dan sambal belacan.

Resipi Oleh: Noor Faezah

Leave a Reply