Resipi Kuih Bangkit Santan Lemak Manis

Resipi Kuih Bangkit Santan Lemak Manis

Kalau sebut tentang kuih raya tradisional, tak sah kalau tak ada Kuih Bangkit Santan. Kuih yang berwarna putih bersih, ringan, dan mempunyai tekstur yang sangat unik, rapuh bila dipegang, tetapi terus “hilang” atau cair di dalam mulut sebaik sahaja dimakan.

Rahsia kehebatan Kuih Bangkit ini terletak pada aroma santan yang lemak dan bau harum daun pandan yang meresap ke dalam tepung. Jom kita bongkar rahsia macam mana nak buat kuih bangkit yang menjadi, tidak keras, dan tidak pecah!

Kenapa Kuih Bangkit Ini Sangat Istimewa?

  1. Tekstur Yang ‘Gebu’ & Ringan – Berbeza dengan biskut moden yang padat, kuih bangkit mempunyai tekstur berpasir halus yang sangat ringan.
  2. Aroma Tradisional – Penggunaan santan segar dan proses menyangai tepung bersama daun pandan memberikan bauan yang sangat membangkitkan nostalgia.
  3. Bahan Yang Sangat Ringkas – Hanya perlukan beberapa bahan asas dapur, tetapi hasilnya sangat “mahal” dari segi rasa.

Jom lihat resipi Kuih Bangkit Santan yang dikongsikan oleh Adam Lah;

Bahan-Bahan:

  • 400gram Tepung Sagu REMBIA yang dah disangai
  • 140gram Santan pekat (saya perah sendiri dari sebiji kelapa, saya masak dengan api slow. Kacau hingga pekat. Kalau masuk peti ais pon boleh nanti ambil yang bahagian atas saje, yang pekat tu.)
  • 2 biji Kuning telur
  • 100gram gula castor (resepi ni saya kurangkan gula supaya mak saya dapat makan)
  • 3 helai daun pandan

Cara Membuat:

1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Ayak tepung tepung ke dalam adunan telur dan telur tadi. Masukkan santan sikit-sikit yup dan uli sampai hingga jadi doh.

2. Tutup doh supaya adunan sentiasa lembab. Rehatkan doh selama 1 jam dan baru la cetak-cetak guna acuan. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit. Bergantung pada oven masing-masing . Macam saya guna oven meck.

Nota:

  • Saya guna Tepung Sagu rembia dan bukan Tepung Ubi.
  • Saya sangai tepung dahulu sebab nak tepung tu ringan. Sangai 15 minit dengan daun pandan.

Resipi Oleh: Adam Lah

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*