Resipi Ayam Masak Kuzi Rasa Aroma Rempah

Resipi Ayam Masak Kuzi Rasa Aroma Rempah

Resipi Ayam Masak Kuzi Rasa Aroma Rempah

Ayam Masak Kuzi adalah hidangan tradisional Melayu yang kaya rasa dan popular, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Hidangan ini sering dihidangkan pada majlis-majlis istimewa atau perayaan.

 

Ciri utama Ayam Masak Kuzi adalah penggunaan pelbagai rempah ratus yang harum dan kompleks seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga cengkih, buah pelaga, dan kayu manis, yang memberikan rasa yang unik dan mendalam. Ayam dimasak perlahan bersama rempah ratus ini, santan, kerisik (kelapa parut sangai), bawang, halia, dan kadangkala ubi kentang atau tomato untuk menghasilkan kuah yang pekat, berkrim, dan penuh dengan aroma.

Rasanya manis, masin, dan sedikit pedas, menjadikannya lauk yang sangat sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi beriani.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 ekor ayam – Potong biasa, gaul  garam kunyit goreng separuh masak.
  • Bawang kecil dalam 20 bji – Dimayang halus, bahagi 2, satu untuk buat bawang goreng dan satu lagi masa nak menumis.
  • Kismis hitam – Rendam
  • Kacang gajus – Sangai
  • 4 sekawan
  • Susu cair agak-agak
  •  Susu pekat dalam 3-4 sudu
  • Serai 2-3 btg – Ketuk
  • Daun pandan – Simpul
  • Serbuk Lada hitam kasar 1 sudu Bsr
  • Cili blander dalam 3-4 sudu besar
  • Kiub pati ayam

Bahan Blend/Kisar:

  • Daun pudina
  • Daun ketumbar sekali akar
  • Cili hijau 4-5 bji
  • Cili padi merah 5 biji
  • Cili padi hijau 7-8 bji
  • Bawang besar 2@3 labu
  •  Bawang putih dalam 3-4 ulas
  • Halia dalam seinci

Bahan Pes:

  • Serbuk jintan manis 2 sudu besar
  • Serbuk jintan putih 2 sudu besar
  • Serbuk ketumbar 2 sudu besar

Campoq semua buat pes.

Ketahui lebih lanjut
gula
kelapa parut
susu pekat

Cara Memasak:

1. Guna minyak yang sama goreng ayam, tambah minyak sapi 2 sudu besar. Minyak lebih pun takpa sebab nak tumis segala rempah tu. Tumis 4 sekawan, daun bay kalo ada, bawang merah yang dimayang tadi sikit.

 

2. Bila agak-agak kekuningan, masukkan serai dan daun pandan. Dah wangi, masukkan bawang blander (Bahan Kisar 2), tumis sampai agak garing baru masukkan cili blender dan segala pes rempah semua tu. Slowkan api, masak bagi sampai hilang bau rempah.

3. Dah pecah minyak elok, dah hilang bau rempah, masukkan ayam. Pastu masuk kismis yang direndam, lada hitam sikit, garam dan gula, serta kiub pati ayam. Pastu masukkan daun yang diblander.

4. Reneh dalam 10 atau 15 minit, masukkan susu cair dan susu pekat. Last sekali, tabur bawang goreng, cabai hijau, kacang gajus dan daun ketumbar. Dah siap.

Resepi Oleh: Cik Puan Jue

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*