Resipi Ayam dan Sambal Penyet Cara Mudah
OK harini Mameen cabar diri buat Ayam Penyet pulak. Asyik Nasi Ayam je kan. Nasib bahek lah masak dia tak renyah. OK boleh buat lagi. Selamat Berhari Minggu ya chuols.
Bahan-Bahan:
- Ayam – Dibersihkan, digaul dengan serbuk kunyit, perasa, dan gula.
- 1 bj bawang besar
- Halia – sebesar ibu jari
- Sedikit lengkuas
- 2 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung jagung
- Secubuit soda bikarbonat
- Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
1. Blend sebiji bawang besar + 4 ulas bawang putih + Halia sebesar ibu jari + sikit lengkuas. Blend halus pastu masuk dalam periuk.
2. Cuci ayam, dah bersih masukkan dalam periuk yang ada bahan blender tadi. Masukkan serbuk kunyit, serbuk perasa dan gula sikit. Gaul sebati dan rebus sampai ayam lembut.
3. Dah lembut ayam tu, toskan ayam dan ketepikan. Air rebusan tu jangan buang tau. Sebab kita nak buat jadi bahan perapan dan kriuk-kriuk.
4. Dalam bekas lain, masukkan 2 sudu tepung gandum + 2 sudu tepung jagung + secubuit soda bikarbonat. Lepas tu masukkan sikit demi sikit air rebusan dalam bekas tepung.
5. Panaskan minyak dan masukkan ayam ke dalam bekas tepung tu. Dah ratakan bahan perapan tu, bolehlah masukkan dalam kuali. Masak sampai golden kaler. Ulang sampai ayam habis.
6. Dah siap masak ayam, jom buat kriuk-kriuk. Gunakan balance bahan perapan tadi, tuang sikit dalam minyak panas. Dah nampak garing, angkat dan tapis minyak. OK ni dah siap.
Cara Buat Sambal Penyet:
1. Goreng Cili padi mix merah dan hijau + sebiji bawang besar + 4 ulas bawang putih + sebiji tomato + belacan besar iu jari. Bila dah layu, angkat dan blend.
2. Dah siap blend, masukkan semula dalam kuali. Guna minyak yang sama jek. Masukkan garam, serbuk perisa, gula dan cuka secukup rasa. Masak dan angkat.
Cara Buat Sup Kosong:
3. Panaskan Kuali dengan sikit minyak. Tiitk 3 ulas bawang putih dan masukkan dalam kuali. Bila bawang putih dan nampak sedikit garing, masukkan 1 cawan air.
4. Perasakan dengan secukup rasa dan angkat. Tabur daun bawang dan bawang goreng kalau ada. Ok siap.
Cara Buat Tempe Goreng: Potong tempe dan masukkan dalam tepung perapan tadi. Pastu masak guna minyak yang sama goreng ayam.
Bahan Ulam Kobis dan Timun: Cuci kobis dan potong sederhana besar dan susun kat pinggan. Potong timun sering dan susun sekali dengan kobis dan tempe.
Nota Bonda:
3 Rahsia Utama Ayam Penyet Yang Sempurna
Untuk menghasilkan Ayam Penyet yang ‘original’ macam di kedai, anda kena fokus pada tiga elemen ini:
- Teknik ‘Ungkep’ (Rebusan Rempah) – Ayam jangan terus digoreng! Ia perlu direbus (diungkep) bersama rempah-ratus seperti serai, lengkuas, kunyit, dan ketumbar sehingga airnya kering. Ini rahsia isi ayam yang sangat lembut dan berperisa.
- Sambal Terasi Yang ‘Kick’ – Sambal adalah jiwa bagi hidangan ini. Kuncinya ialah menggoreng bahan sambal (cili, bawang, tomato, belacan) terlebih dahulu sebelum ditumbuk halus. Rasa ‘smoky’ dan lemak itulah yang kita cari!
- Kriuk-Kriuk (Kremes) – Tak lengkap ayam penyet tanpa habuk gorengan yang rangup. Gunakan air rebusan ayam tadi sebagai bahan asas tepung kremes untuk rasa yang lebih padu.
Tips Pro Untuk Anda
- Penyetkan Ayam – Selepas digoreng garing, letakkan ayam di atas lesung batu dan tekan (penyet) sedikit sehingga isinya terbelah sedikit. Ini membolehkan sambal meresap masuk ke dalam serat daging semasa dimakan.
- Gunakan Belacan Berkualiti – Untuk sambal yang harum, gunakan belacan yang dibakar terlebih dahulu. Ia memberikan aroma yang lebih mendalam pada sambal anda.
- Minyak Panas – Pastikan minyak betul-betul panas semasa menggoreng ayam supaya bahagian luarnya garing (crispy) tetapi bahagian dalamnya kekal juicy.
Resipi Oleh: Ameen Fami

Leave a Reply