Resepi Laksam Cantik Berkilat Makan Dengan Kuah Putih
Resepi lengkap laksam. Pertama kali Kak Tia buat laksam, Alhamdulillah laksam menjadi cantik putih licin gitu. Saya sertakan resepi lengkap yang pasti akan menjadi dan sangat sedap.
Bahan Laksam:
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 5 cawan air (3 cawan air panas + 2 cawan air biasa)
- 1/2 sudu kecil garam
Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam.
Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau, tapis adunan. Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk di dalam kukusan beserta dengan sedikit minyak masak (tapi tia guna pinggan ikea sahaja sebab tak ada tudung periuk).
2. Lepastu, masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap.
Bahan Kuah Putih:
- Ikan kembong 5/6 ekor (ikan bersize sedang, jangan ikan yang kecil) – Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bawang merah dan lada hitam.
- Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil – kotak warna kuning)
- Lada htam 3 sudu setengah (sukatan sudu kfc atau sudu kecil) – Blend bersama ikan
- Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar (jangan penuh sangat)
- Bawang putih 3 ulas (Blend bersama ikan)
- Bawang merah 4 biji (Blend bersama ikan)
- Ajinomoto jika mahu
- Garam secukupnya
- Air secukupnya (dalam 2 cawan)
Cara Membuat: Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau sehingga mendidih. Siap. Doublekan bahan jika buat banyak.

Makan Bersama Ulam;
- Kacang panjang – hiris
- Bunga kantan – hiris
- Daun kesum – hiris
- Kobis – hiris
- Timun batang – cincang dan hiris
- Taugeh
Gaulkan sekemua ulam.
Tambahan Bahan Lain (Tak nak pun tak apa);
- Belacan
- Ciliboh
- Garam
Nota:
Kalau nak makan jenis ada pedas-pedas sikit, kalau tak nak makan laksam dengan ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada; Resepi – Ambil cilipadi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam dan gula. Blend guna blender kering. Masukkan dalam mangkuk, letak sedikit cuka dan air panas. Gaul rata. Siap.
Selamat Mencuba !!

Leave a Reply