(Video)Reaksi Adik Ni Lepas Nampak Hadiah Basikal Terus Ucap “Subhanallah” Juga Reaksi Geramnya Buat Terhibur

(Video)Reaksi Adik Ni Lepas Nampak Hadiah Basikal Terus Ucap “Subhanallah” Juga Reaksi Geramnya Buat Terhibur

Setiap ibu bapa ingin melihat anak mereka bahagia. Selagi boleh, selagi itulah mereka berusaha memenuhi hajat anak-anak selagi ia tidak memudaratkan.

Bagi seorang bapa, Muhammad Johari Mat Jusoh, kebahagiaan melihat si anak mengayuh basikal idaman pastinya membuatkan dirinya turut tersenyum.

Namun apa yang lebih menghiburkan ialah gelagat si kecil yang terkejut melihat hadiah tersebut tatkala pintu rumahnya dibuka.

“Subhanallah,” lant4ng terkeluar dari mulut kanak-kanak itu sejurus ternampak basikal berkenaan. Mungkin terharu, dia kemudiannya memukvl manja si ayah yang hanya tertawa dengan gelagat si anak. Seakan-akan ‘melepaskan ger4m’.

“Abang Waiz marah dan gembira. Marah sebab saya dengan umi cakap lupa nak beli basikal masa pergi bandar. Sebelum pergi bandar kami tinggal abang kat rumah atok.

“Basikal bawak balik rumah dulu, lepastu baru ambik dia balik rumah.”

Video tersebut telah mendapat lebih 700 ribu tontonan dan 97 ribu tanda suka.

Rata-rata warga maya terhibur dan memuji didikan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehinggakan dia terbiasa dengan kalimah suci itu.

Mujur basikal, kalau dia dapat kereta bertumbuk dah aku rasa

Bagus didikan mak ayah, mula-mula sebut Subhanallah

Pandai sebut Subhanallah dulu

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share..Semoga Dimurahkan Rezeki

Sumber:siakapkeli.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*