Ramp4s dan bu4ng dalam periuk p4nas, teman wanita naik h4ntu ketika kerana lelaki asyik tengok HP ketika makan,

Ramp4s dan bu4ng dalam periuk p4nas, teman wanita naik h4ntu ketika kerana lelaki asyik tengok HP ketika makan,

Seorang wanita merasa bengang dengan kelakukan teman lelakinya yang asyik melihat handphone ketika temujanji mereka. Bengang kerana pasangannya seperti tidak menghiraukan kehadirannya, wanita itu terus bertindak merampas dan membuang handphone itu ke dalam periuk panas mendidih.

Video rakaman yang menjadi tular, dirakam oleh pelanggan lain yang berada di situ menunjukkan pasangan terbabit bertengkar sebelum wanita itu bertindak merampas telefon teman lelakinya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Chongqing, selatan barat China.

Lelaki terbabit pula kelihatan memegang chop stick dan di sebelah tangannya pula memegang telefon bimbit.

Tanpa memberi sebarang amaran, wanita itu terus merampas telefon dari tangan lelaki itu dan terus membuangnya ke dalam periuk yang mendidih di atas meja mereka.

Wanita itu kemudiannya beredar dari tempat kejadian dalam keadaan berang sementara lelaki itu berusaha mengeluarkan telefon bimbitnya dari periuk tersebut.

Hasil bantuan pelayan restoran, lelaki itu berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya masih dapat berfungsi dengan baik atau tidak.

Rakaman kejadian itu pantas menjadi tular di media sosial China dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendakwa lelaki itu memang layak mendapat hukuman tersebut, tetapi yang lain pula mendakwa teman wanitanya bertindak melampaui batas.

”Makan sambil bermain telefon bimbit adalah tidak betul, tetapi melemparkan telefon bimbit dalam periuk yang mendidih juga satu tindakan yang salah,”

”Lelaki tu bukannya mengejar perempuan itu, tetapi sibuk menyelamatkan telefonnya.”

p/s: Dua-dua salah!

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Next Shark, Siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*