Rahsia Sambal Tumis Ikan Bilis Nasi Lemak Sedap

Rahsia Sambal Tumis Ikan Bilis Nasi Lemak Sedap

Resepi sambal tumis nasi lemak mak Nina ni dah mencapai view 1M di youtube Nina. Bila semak komen banyak juga perdebatannya. Tapi alhamdulillah dengan resepi ni, ramai yang ucap terima kasih dan berjaya pikat hati mertua dan suami sendiri. Siap ade yang menjual lagi.

Cara buatnya pulak simple dan senang. Nina tau banyak sangat version sambal tumis yang sedap dan nina juga faham rasa sedap tu subjektif. Yelah tekak orang tak sama kan? Harini Nina kongsikan apakah bahan-bahan yang insyaAllah ade je kat dapur mak-mak yang hebat macam wanita-wanita yang sedang membaca ni.

Jom kita semak ape bahan-bahannya untuk kita buat sambal ni;

Bahan-Bahan:

  • Segengam lada kering (kalau awak terbeli jenis pedas campurlah lada kering yang tak pedas ya. Gunting dan buang semua biji sebelum rebus atau rendam sehingga lembut)
  • Bawang besar setengah biji
  • Bawang putih

    2 ulas

  • 1 sudu biasa udang kering (rata)
  • Ikan bilis secukupnya
  • Bawang besar hiris
  • Asam jawa, Perasa, garam & gula melaka

Cara Memasak:

1. Kisar halus lada kering, bawang besar,

dan udang kering. Gorengkan dulu ikan bilis, tos dan angkat. Gunakan minyak goreng ikan bilis tadi untuk menumis sambal ya.

2. Tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Masukkan asam jawa, serbuk perasa, gula melaka dan garam. Tumis sampai masak. Pastikan rasa balance. Akan ade rasa pedas, manis, masin, masa.

3. Sambal akan jadi warna gelap cantik lepas kita letak gula melaka atau gula biasa. Cume perlu masak sampai pecah minyak sahaja. Last sekali sambal dah mula sejuk, masukkan ikan bilis goreng dan bawang hiris tadi. All done.

Selamat mencuba !

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*