Puding Caramel Tanpa Telur dan Tanpa Kukus

Puding Caramel Tanpa Telur dan Tanpa Kukus

Dessert untuk anak-anak. Ni dia puding caramel tanpa telur dan tanpa perlu kukus. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya. Biasa puding caramel letak telur, bau hanyir kan? So boleh la cuba resepi ni nanti. Yang tak boleh makan mesti boleh makan, budak-budak pun suka. Sesuai juga untuk dihidangkan bila tetamu datang.

Bahan Gula Caramel:

  • 1/4 cawan gula
  • 3 sudu besar air

Bahan Puding:

  • 1 paket agar-agar(10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3/4 cawan gula (nak manis lagi letak 1 cawan)
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1 sk esen vanila

Cara Membuat:

1. Panaskan gula dan air di dalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu. Satukan kesemua bahan untuk puding di dalam periuk dengan api perlahan.

Ketahui lebih lanjut
susu pekat
kastard
Chocolate

2. Biarkan ia larut dan tidak berketul. Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api. Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.

3. Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau betul-betul adunan puding jadi keras. Bila dah keras bolehlah potong, hidang dan makan sejuk-sejuk.

Resipi Oleh: Hamizah Yatim

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*