Petua Turunkan Gula Dalam Darah Secara Semulajadi

Petua Turunkan Gula Dalam Darah Secara Semulajadi
Masalah gula dalam darah tinggi atau kencing manis bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Jika tidak dikawal, ia boleh membawa kepada komplikasi serius seperti kerosakan buah pinggang, saraf, jantung dan mata.
Selain rawatan moden, ada juga petua tradisional yang boleh dijadikan ikhtiar untuk membantu menstabilkan bacaan gula. Salah satunya adalah air rebusan limau nipis dengan garam kasar.
Bahan-Bahan
- 1 biji limau nipis
- Seketul garam kasar (jangan lebih)
- 3 gelas air
Cara Penyediaan
- Masukkan 3 gelas air ke dalam periuk.
- Belah limau nipis kepada dua bahagian.
- Sumbat sedikit garam kasar ke dalam belahan limau.
- Rebus sekali bersama air sehingga mendidih.
- Teruskan merebus hingga air tinggal lebih kurang 1 gelas sahaja.
- Setelah siap, penyekkan limau bersama bijinya menggunakan sudu.
- Tapis, biarkan sejuk, kemudian minum.
Amalkan minum selang sehari untuk membantu mengawal bacaan gula dalam darah.
Khasiat Campuran Ini
- Limau nipis kaya vitamin C & antioksidan, bantu detoks tubuh.
- Garam kasar dipercayai membantu menyeimbangkan elektrolit dan melancarkan aliran darah.
Kesimpulan
Petua tradisional ini boleh dijadikan salah satu ikhtiar untuk mengawal kencing manis. Namun, pesakit tetap perlu menjaga pemakanan, bersenam dan mengikut nasihat doktor.
Yang penting istiqamah dan jangan putus asa, insya-Allah ada hasilnya.
Sumber: DYXY VIRAL

Leave a Reply