Pengutip Sαmpαh Tidαk Bersekolah Hinggα Umur 11 Tαhun, Gαdis Cαntik Ini Berjαyα Mendapatkan Ijαzαh

Semua orang punyai citα-citα dan impian untuk dicαpai dan dimiliki. Namun takdir yang tersusun sudah termaktub, setiap perjalanan dan destinasi berbeza. Justeru ada yang berjaya mencapai mimpi dengan mudah dan ada juga yang tersungkur ketika ‘melompαt’ untuk menggapainya.

Begitulah yang dilalui oleh gadis bertuah, Sophy Ron yang tidak dihantar ke sekolah sehingga beliau berumur sebelas tahun. Beliau telah dijumpai oleh salah seorang pelajar Cambodian Childrens Fund (CCF) sebuah organisasi pendidikan yang di asaskan di daerah termiskin di Cambodia.

Lebih mengagumkan apabila Sophy telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF untuk pergi ke melanjutankan pengajian asasinya dan telah diterima masuk untuk menyambung Ijazah Sarjana mudanya di University of Melbourne.

Beliau juga diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup di majlis graduasinya.

Pencapaiannya begitu membanggakan untuk seorang yang tidak hadir ke sekolah hingga usia sebelas tahun. Sophy yang dahulunya menghabiskan masa mengutip dan mengasingkan sampai bagi mendapatkan wang untuk ibubapanya.

Dia juga pernah memakan sisa makanan untuk meneruskan kehidupannya.

Begitulah kehidupan, kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba.

Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran dan menjadi inspirasi buat kita semua. Tiada apa yang mustahil asalkan kita berusaha mendapatkannya dengan usaha yang tinggi. Kita tidak akan pernah tahu kemampuan diri kita jika kita tak pernah mencuba. Selain itu, pujian dan penghargaan juga harus diberikan kepada organisasi yang membantu golongan susαh.

Sumber : Cambodian Childrens Fund

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*