“Ramai je yang boleh bantu belikan laptop..” – Nurul Hidayah ‘Backup’ Pensyarah

Susulan daripada video viral mengenai seorang pensyarah dari universiti awam yang merendahkan martabat seorang pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), anak kepada Presiden UMNO, Nurul Hidayah Ahmad Zahid menerusi satu hantaran di laman Instagram turut memberikan respon berhubung isu berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut Hidayah berpendapat, pensyarah berkenaan marah berikutan pelajar itu tidak mempunyai komputer riba walaupun sudah semester lima. Ujarnya lagi, walaupun pelajar itu kurang berkemampuan namun dia perlu bertanggungjawab dan meletakkan perkara tersebut sebagai keutamaan.

‘Marah sebab sem 5 tak ada laptop’

Saya ini ada juga pensyarah yang saya tak suka tapi tak ada la sampai nak αibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia mαrah la student yang dia rasakan tak ambik serius dan ambik mudah dalam hal pembelajaran.

Ujarnya lagi, kewujudan media sosial menyebabkan orang ramai memilih untuk berkongsi menerusi platfom tersebut termasuklah pergαduhan antara suami dan isteri.

Budak zaman nijam. Divert la rasa sedih dan kecewa tu kepada satu tenaga untuk membαkar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan share atau αibkan pensyarah mcm tu.

Reality lagi teruk. Habis kalau kau kena mαrah dengan boss nanti pun letak kat SOCMED ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja mcm tu? Sikit-sikit letak kat SOCMED.

Rasa kecewα

Mengulas lebih lanjut, Hidayah menegaskan pensyarah tersebut sama sekali tidak menghinα golongan B40 dan menjelaskan kata-kata tersebut dilontarkan berikutan rasa kecewα.

Ramai je orang B40 yang berjaya. Ramai je orang mak pak yang meninggαl masa kecik, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yg buat part time kerja untuk beli laptop. Ramai je yang boleh bantu belikan laptop – NGO, wakil-wakil kerajaan, ADUN, wakil rakyat.

Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya. Yang penting utamakan yang utama dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yg kita mahukan.

Dalam sedutan video viral, kedengaran profesor berkenaan bertanyakan pelajar adakah dia menggunakan telefon bukannya laptop untuk sesi itu.

“Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer? Engkau tinggal dekat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa? Mak kau dah tak ada, bapak kau tak kerja. Kau tak ada adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas beli komputer. Aku cakap dengan kau, kalau kau ada kakak ada gelang emas pergi jual beli komputer. Tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau excel. Pasal itu kau jadi drop out student. Semester 5 kau tak ada komputer, aku sanggup tak ada pakaian, aku ada 5 helai je pakaian. The most important is computer, very important for me. Hanya RM800 beli komputer apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran.”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Nurul.Zahid / Oh bulan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*