(VIDEO) Netizen Cair Tengok Bayi Comel Bisik Dekat Ayah Minta Susu

perkongsian daripada seorang bapa ini melalui media TikToknya, gelagat bayi kecilnya menjawab pertanyaan si bapa itu telah pun membuat ramai cair!

Baby ni, buat apa pun comel kan? Walaupun nak jaga diorang tu satu benda yang memenatkan, tapi tak terasa penatnya bila tengok baby happy betul tak?

Lebih-lebih lagi kalau baby yang masih kecil baru nak belajar bercakap tu. Pelat-pelat comel gerαm betul!

Menurut perkongsian si bapa bernama @hendrizalmurad ini, bayi lelakinya yang dipercayai bernama Zafri itu dengan comel telah mengajuknya selepas ditanya ‘nak susu ke?’ dengan gaya berbisik.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, Zafri kelihatan seolah-olah sedang menjawab kembali soalan si ayah itu juga dengan gaya berbisik! Macam faham je semua orang dah tidur jadi tak boleh buat bising..

Video berdurasi hanya 15 saat yang menunjukkan gelagat si comel Zafri ini telah pun mendapat perhatian ramai sehingga berjaya memperoleh sebanyak 792.5 ribu jumlah penonton!

Video:

Biasalah budak kecil ni cepat menyerap ilmu yang dia baru dapat. Sebab tu lah si comel Zafri ni ikut berbisik lepas ayah dia bisik padanya. Gerαm tengok pipi dia!

Di ruangan komen, bukan sahaja ramai yang memuji kecomelan si cilik ni, tetapi ada juga memuji kebijaksanaannya mengajuk kembali ayahnya itu.

Menjenguk ruangan komen,rata-rata nitizen gerαm dan memuji kecomelan baby tersebut!

Komen Netizen:

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : @hendrizalmurad

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!