Mengadu Sakit D4da Ketika Sujud, Pesara Bomba M3ninggal Selepas Solat Sunat Isya

Mati usai solat, mati dalam bulan Ramadan yang mulia, mati di masjid mungkin sudah cukup untuk menggambarkan pengakhiran yang mulia iaitu mati dalam husnul khatimah.

Kematian sebeginilah yang sangat did4mbakan oleh semua insan yang bernyawa. Mati dalam kemuliaan. Itulah apa yang berlaku kepada seorang pesara bomba di Alor Setar.

Rutin harian Allahyarham Jamaluddin Hashim, 63 yang sering menunaikan solat sunat tarawih di beberapa buah masjid sepanjang bulan Ramadan ini berakhir di Masjid al-Ghufran, Persiaran Sultan Abdul Hamid.

Arwah dikatakan telah mengadu sakit pada bahagian d4da ketika sujud. Ia dirasai arwah semasa solat sunat selepas Isyak sebelum arwah mulai tidak sedarkan diri. Arwah kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat ser4ngan jantung.
SEMPAT MENGUCAPKAN ALLAH BEBERAPA KALI

Mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian, menurut menantu mangsa, Nurul Huda Azizan, 36, bapa mentuanya tinggal di Tanjung Bendahara.

Pada malam kematian arwah, arwah telah pergi ke masjid tersebut bersama-sama dengan seorang rakannya untuk menunaikan solat tarawih.

“Arwah dikatakan mengadu sakit pada d4da ketika sujud semasa solat sunat selepas Isyak sambil mengucapkan Allah beberapa kali.

“Dalam keadaan menahan sakit, arwah sempat meminta rakannya mengambil telefon bimbit di dalam kereta dan memberi kata laluan supaya menghubungi suami saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepai.

Menurutnya lagi, suaminya iaitu Mohd. Faris yang berusia 36 tahun yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik kemudian tiba di masjid, bagaimanapun arwah didapati sudah tidak sedarkan diri.

TANDA KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Namun, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan meng4nut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia.

Hal ini kerana Allah S.W.T tidak akan mengampunkan dosa orang yang melakukan sy1rik kepada-Nya sesuai dengan firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa sy1rik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).

Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

(Surah al-Nisa’: 48)

MENINGGAL KETIKA BERIBADAH

Ada banyak lagi tanda lain, namun dalam kejadian yang melibatkan arwah, hadis ini dirasakan paling sesuai iaitu meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ، خُتِمَ لَهُ بهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ “

Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga.

Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga.

Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”

Hadis riwayat Ahmad: (23372)

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah dan menitipkan doa supaya arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

SUMBER : KOSMO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!