Innalillahiwainnailaihirajiun. Pelakon era 80-an Dharma Harun Al-Rashid telah kembali ke rahmatullah pada usia 68 tahun, sebentar tadi.
Anak kedua pelakon itu, Muhammad Al Syafiq, 36, memaklumkan berita mendukacitakan tersebut menerusi muat naik Instagram.
“Ayah saya meninggal (dunia) waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam,” coretnya ringkas.
Al Syafiq baru sampai rumah dari Aswara kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.
“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans,” katanya.


Leave a Reply