“Kunyit Bukan Sekadar Rempah — Ini 6 Penyakit Yang Boleh Dibantu Secara Semula Jadi!”

Manfaat kunyit untuk kesihatan dan cara penggunaannya mengikut jenis penyakit

Kunyit (Curcuma longa) ialah salah satu rempah yang kaya dengan bahan aktif kurkumin, yang mempunyai sifat anti-radang, antioksidan, antibakteria, dan antitumor.

Berikut ialah manfaat
kunyit untuk pelbagai jenis penyakit, cara penyediaannya, serta amaran untuk individu tertentu

1. Untuk darah tinggi (Hipertensi)
Manfaat :
Kurkumin dalam kunyit membantu melancarkan aliran darah dan mengurangkan tekanan oksidatif dalam saluran darah

Cara penyediaan :
• 1 ruas kunyit (lebih kurang 3–4 cm)
• 1 batang serai (dititik)
• Rebus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas
• Minum suam, 1 kali sehari

Campuran tambahan :
Tambah sedikit madu asli untuk meningkatkan kesan antioksidan

2. Untuk masalah Pencernaan dan Asam Perut (Gastrik)
Manfaat :
Kunyit membantu menyeimbangkan asid perut dan melindungi lapisan perut daripada keradangan

Cara penyediaan :
• Parut 1 ruas kunyit segar
•Perah airnya, campur dengan ½ gelas air suam
• Minum 2 kali sehari sebelum makan

Campuran tambahan :
Tambahkan madu atau sedikit air perahan limau nipis untuk mempercepatkan pemulihan

3. Untuk jangkitan dan radang (seperti sakit tekak atau luka dalaman)
Manfaat :
Kunyit bertindak sebagai antibiotik semula jadi dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman

Cara penyediaan :
• 1 ruas kunyit
• 1 gelas air panas
• Biarkan 10 minit dan tapis
• Boleh diminum atau digunakan untuk berkumur

Campuran tambahan :
Campur dengan halia bagi meningkatkan kesan antibakteria

4. Untuk sakit sendi dan radang sendi (Arthritis)
Manfaat :
Kurkumin mengurangkan keradangan dan kesakitan pada sendi

Cara penyediaan :
• Rebus 2 ruas kunyit bersama 1 ruas jahe dan 2 gelas air
• Biarkan mendidih hingga tinggal 1 gelas
• Minum setiap pagi dan malam

Campuran tambahan :
Tambah sedikit lada hitam, kerana piperine dalam lada membantu penyerapan kurkumin

5. Untuk masalah hati dan tetoks tubuh
Manfaat :
Kunyit membantu membersihkan toksin dari hati dan meningkatkan fungsi hati

Cara penyediaan :
• Rebus 2 ruas kunyit segar dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas
• Tapis dan minum suam, 3 kali seminggu

Campuran tambahan :
Campur daun pegaga atau madu lebah untuk meningkatkan kesan detoksifikasi

6. Untuk kolesterol tinggi
Manfaat :
Kunyit menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)

Cara penyediaan :
• Rebus 1 ruas kunyit, 1 ruas halia, dan ½ batang kayu manis dalam 2 gelas air
• Didihkan hingga tinggal 1 gelas
• Minum setiap pagi selepas sarapan

Campuran tambahan :
Tambah madu asli untuk memperkuatkan kesan antioksidan

Siapa yang tidak disarankan mengonsumsi kunyit
1. Wanita hamil (terutama trimester pertama)
Kunyit boleh merangsang rahim dan menyebabkan keguguran

2. Pesakit batu karang (batu hempedu atau ginjal)
Kurkumin boleh merangsang pengeluaran hempedu

3. Pesakit yang mengambil ubat pencair darah (antikoagulan)
Kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan

4. Pesakit gastrik yang kronik
Jika diminum berlebihan, kunyit boleh meningkatkan asid perut

Tip amalan selamat :
1. Gunakan kunyit tidak lebih dari 2 ruas per hari
2. Jangan campur dengan ubat doktor tanpa nasihat perubatan
3. Gunakan kunyit segar atau serbuk kunyit organik tanpa bahan tambahan

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*