Ingatkan Orang Ambil, Kucing Hilang Selama 14 Bulan Rupanya Jadi ‘Raja’ Di Kilang Makanan Haiwan

Seekor kucing yang hilang selama 14 bulan telah bersatu semula dengan keluarganya selepas dia dijumpai di sebuah kilang makanan haiwan berdekatan dengan rumahnya. Clive, kucing jenis Norwegian Forest, telah menghilangkan diri.

Pemiliknya Tanya dan Jonathan turut membuat rayuan di Facebook dan melekatkan poster di kawasan kejiranan untuk mencari Clive tetapi tidak berhasil.

Pada mulanya mereka fikir ada orang yang mengambil kucing itu kerana Clive adalah seekor kucing yang comel. Tetapi rupa-rupanya Clive telah menghabiskan masanya di kilang makanan haiwan dengan mencu.ri makan di situ.

Perkara itu disedari pekerja kilang yang hairan melihat ada makanan yang selalu hiilang dan selalu ternampak kucing besar berlari keluar masuk dari kilang itu. Mereka akhirnya berjaya memasang perangkap dan membawa pencur.i itu ke doktor haiwan.

Setelah mengimbas mikrocip dan mengenalpasti pemilik kucing itu, Clive disatukan semula dengan tuannya, tetapi Tanya dan Jonathan terkejut dengan saiz kucing mereka itu yang telah membesar dua kali ganda dari kali terakhir mereka melihatnya.

“Clive berusia sembilan bulan apabila kami kehilangannya – dulu dia lebih kecil. Apabila dia kembali, kami terkejut melihat betapa besar dan gebunya dia. Dia telah menjalani kehidupan seperti raja di kilang makanan haiwan itu.”

Clive masih mengenali pemilik dan ahli keluarga di dalam rumah itu seperti dahulu, cuma bezanya dia lebih gemuk sekarang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Animal Channel / Arena Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*