“Jangan Tunjuk Kita Lemah, Pastikan Mereka Tak Sedar Yang Kamu Sedang Berpuasa” – Nasihat Kolo Toure Buat Pemain Muslim Di Bulan Ramadan

Bekas pemain Arsenal, Manchester City dan Liverpool, Kolo Toure menitipkan nasihat dan petua buat pemain bola sepak Muslim yang perlu menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan.

Toure yang pernah meraih dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) cukup dikenali sebagai seorang Muslim yang taat dengan ajaran agamanya.

“Agama saya adalah segalanya. Tanpa agama, saya tidak rasa yang saya akan menjadi diri saya yang sekarang, kerana saya merasakan agama telah membina jati diri saya dan menjadikan saya insan yang lebih baik,” ujarnya yang kini merupakan jurulatih skuad utama Leicester City.

Tempoh 30 hari ini sememangnya cukup mencabar, terutamanya buat mana-mana atlet sukan profesional. Apatah lagi buat pemain bola sepak profesional yang perlu menghadapi latihan dan perlawanan di siang hari.

Bulan Ramadan di United Kingdom bermula pada petang 1 April. Sepanjang bulan April pula menyaksikan jadual sukan agak padat yang tentunya ia memberikan kesan yang besar terhadap psikologi pemain bola sepak.

“Saya rasa tidak minum air atau kekurangan cecair dalam badan adalah perkara paling sukar sebagai pemain bola sepak,” tambahnya.

“Sebaik sahaja Ramadan bermula pada hari pertama, ia memang sukar, masuk hari kedua ia lebih sukar. Minggu pertama adalah yang paling mencabar. Tapi lama kelamaan badan anda sudah mula terbiasa dengannya dan kamu pun dah tak fikir tentang air minuman.”

Bercakap mengenai suasana dalam pasukan termasuk kemungkinan persepsi jurulatih atau rakan sepasukan terhadap pemain yang sedang berpuasa, Toure berpendapat ianya tidaklah memberi kesan yang terlalu besar.

“Saya tak pernah ada masalah dengannya. Kamu perlu hormat semua orang di sekeliling kamu. Memang kamu buat hal sendiri, tetapi kamu berada dalam suasana yang kamu bekerja dengan orang lain.

“Jadi kamu perlu disiplin sebaik mungkin. Bila kamu masuk padang dan berlatih dengan rakan sepasukan, kamu berikan 100 peratus dan kamu perlu pastikan mereka tak sedar yang kamu sedang berpuasa.

“Jadi pada saya itulah kuncinya apa yang saya cuba buat setiap kali berpuasa. Saya cuba untuk lebih fokus dalam latihan dan cuba untuk tidak tunjukkan sebarang kelemahan.”

Toure juga berpendapat tahap toleransi bola sepak Inggeris terhadap pemain Muslim yang sedang berpuasa kini sudah jauh lebih baik.

Musim lalu dunia menyaksikan bagaimana perlawanan di antara Leicester dan Crystal Palace dihentikan sebentar oleh pengadil pada minit ke-34 bagi memberi laluan kepada pemain pertahanan Perancis, Wesley Fofana untuk berbuka puasa di tepi padang.

Fofana lantas berterima kasih kepada pihak pengurusan liga untuk penghormatan tersebut kerana ia merupakan kali pertama dalam sejarah EPL perlawanan dihentikan untuk membenarkan pemain muslim berbuka puasa.

Beberapa kelab EPL juga kini telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pemain dan pekerja Muslim termasuklah makanan halal, bilik sembahyang dan juga mendaftarkan pemain dalam Persatuan Atlet Muslim.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*