Kita T@k Sanggup Duk Kerja Pan@s-p@nas,Tapi Inilah Kerja Warga Emas Ini,Senoga Dimurahkan Rezeki Pakcik,Amin

Kita T@k Sanggup Duk Kerja Pan@s-p@nas,Tapi Inilah Kerja Warga Emas Ini,Senoga Dimurahkan Rezeki Pakcik,Amin

Melihat warga emas yang sudah berusia masih mencari pendapatan bagi meneruskan kehidupan membuatkan kita berasa sedih dan hiba.

Walaupun sedar ekonomi sekarang sangatlah ‘mengerikan’ lebih-lebih lagi mereka yang bergelar B40, namun apabila terkenangkan orang tua gigih berpanas mencari pendapatan membuatkan kita berasa tertampar.

Berniaga tepi jalan bawah pokok

Hal ini diakui sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mama.atie yang beras hiba melihat seorang pakcik masih berniaga nenas ditepi jalan tanpa sebarang meja ataupun khemah.

Borong nenas yang dijual

Dia yang kebetulan melalui kawasan tersebut telah berhenti dan melihat pakcik berkenaan duduk sahaja di tanah dan tidak memakai kasut berjualan buah nenas yang dibawa menggunakan motor.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk memborong buah nenas tersebut bagi membantu memberi rezeki kepada warga emas berkenaan.

Terharu dengan semangat pakcik tu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang menonton muat naik berkenaan mengakui berasa hiba dan sedih apabila orang tua sebaya bapa mereka masih lagi mencari pendapatan dengan berpanas ditepi jalan menanti pembeli untuk mendapatkan nenas tersebut.

Mereka juga mendoakan agar rezeki pengguna TikTok berkenaan dimurahkan kerana sudi membantu peniaga kecil yang gigih berniaga saat pandemik ini.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:ohmymedia.cc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*