Jangan Panik Beli Beras, Bekalan Cukup Sampai Hujung Tahun – Mohamad Sabu

Jangan Panik Beli Beras, Bekalan Cukup Sampai Hujung Tahun – Mohamad Sabu

Jangan Panik Beli Beras, Bekalan Cukup Sampai Hujung Tahun – Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu memaklumkan bahawa kerajaan memberi jaminan bekalan beras semasa mencukupi sehingga hujung tahun ini.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembelian panik atau menyimpan stok beras.

Ia bagi memastikan kestabilan stok jangka hayat beras dalam pasaran.

“Insya-Allah cukup sampai hujung tahun, asalkan kita tak panik membeli atau sorok stok (beras)

“Nak bagi senang faham, kalau biasa kita beli 1 beg 10 kilogram (kg) sebulan, jangan tiba-tiba beli sampai 4 beg.

“Kalau semua orang buat macam tu, jangka hayat stok akan cepat habis. Dari situ, pasaran boleh jadi tak stabil,” katanya.

Tegas Mohamad Sabu, orang ramai tidak boleh memandang ringan perkara ini. Situasi ini boleh menyebabkan barang yang sepatutnya cukup jadi tak cukup.

“Stok yang boleh tahan 6 bulan, boleh habis dalam 2 bulan saja. Bila bekalan makin kurang, harga pula akan naik.

“Yang paling terasa kesannya ialah golongan yang pendapatan mereka cukup-cukup makan,

“Sebab itu Bang Mat nak tekankan sekali lagi. jangan panik, jangan simpan stok berlebihan. Bertenang, dan mula berjimat dari sekarang,” tekan beliau agar stok beras kekal bertahan lebih lama.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Kota Raja itu turut memberi jaminan sistem stok penimbal beras negara dalam keadaan terkawal dan berterusan.

“Kita memang dah ada stok penimbal beras. Cara ia diurus pun jelas, setiap kali stok dikeluarkan, ia akan diganti semula dengan stok baharu.

“Maknanya, kalau hari ini kita keluarkan 1,000 MT beras, kita akan tambah balik 1,000 MT beras itu dalam masa terdekat.

“Jadi tak perlu risau sangat. Sistem ini memang direka supaya bekalan sentiasa berterusan,” kongsi beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai agar terus bertenang dan membeli mengikut keperluan bagi mengelakkan ketidakstabilan bekalan pasaran.

“Yang penting, kita semua beli seperti biasa, jangan panik, dan kali ni lebih berjimat cermat. Beli apa yang perlu sahaja,” katanya lagi.

Sumber : Siakap Keli

Artikal popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*