Ini Sebab Banyak Orang T4k Pentingkan Belajar Agama Di Masa Kini

Ini Sebab Banyak Orang T4k Pentingkan Belajar Agama Di Masa Kini

CUBA lihat di YouTube Channel, Facebook (FB) tertentu dan Insta famous. Yang subscribe, follow, tontonan ramai bukanlah aktiviti agama atau majlis ilmu. Kalau ada view, hanyalah segelintir, kecuali penceramah tersohor, barulah jumlah tontonan agak tinggi.

Yang diikuti ialah berkaitan masakan. Alhamdulillah, mudah-mudahan suami dan keluarga makin suka. Ataupun yang diikuti itu solekan. Maaflah, solekan untuk suami dan kepada yang dibenarkan oleh syarak. Kalau solekan dengan makna tabarruj jah1liah yang dilarang syarak, maka ia tetap h@ram, sebanyak mana ia ditonton dan siapa yang tonton. Kalau ia adalah pendedahan terhadap kepincangan pentadbiran, yang termasuk amar makruf nahi mungkar, mungkin ada pahala yang banyak bila ramai yang view. Ada yang entah apa-apa, dan banyak juga yang mengarut, tetapi ramai juga yang subscribe dan follow.

Di masjid, surau, kalau yang rajin solat berjamaah, kumpulan itulah sahaja. Muka memang dikenali. Sebahagian yang solat berjamaah di masjid, surau pula, lepas solat, angkat punggung, sama ada sempat wirid, doa ataupun tidak. Sedangkan ustaz penceramah telah bersedia membuka kitab di depan. Tinggallah orang tua yang beruban, dan ahli jamaah yang istiqamah dengan majlis ilmu.

Apabila dibuat ceramah Online di musim PKP, tidak ramai yang menyahut untuk mengikuti, sedangkan teknologi hanya berada di hujung jari. Ini mengenai ceramah dan kuliah agama, belum lagi mengenai jumlah yang solat berjamaah di masjid dan surau.

Realitinya kita berada di akhir zaman. Kejahilan berleluasa. Kefahaman mengenai agama tidak meluas. Ramai yang tidak minat mendengar, menghadiri majlis ilmu dan mendalami agama sendiri. Maka yang berlaku sebenarnya ialah keburukan kepada orang itu dan masyarakat tersebut.

Nabi S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan darinya, nescaya Allah beri kefahaman kepadanya mengenai agama.”

Faham datang dari adanya ilmu. Ilmu dengan cara dipelajari. Cara belajar melalui pelbagai medium. Malangnya pelbagai medium canggih, mudah dan hanya di hujung jari itu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Lalu tiada kefahaman agama, dan kejahilan meratai. Sampai satu peringkat nanti, apabila orang alim sudah tiada, diambil orang jahil menjadi pemimpin, diberi fatwa, lalu mereka sesat dan menyesatkan.

Penduduk Malaysia lebih 30 juta orang. Andainya lebih separuh sedikit adalah orang Islam, maka cuba bayangkan berapa peratus sebenarnya mereka yang rajin belajar ilmu agama, mahu membuang sifat jahil dari diri dan merasakan nikmat dari ilmu yang dipelajari.

Benarlah apabila ayat al-Quran pertama yang turun itu adalah Iqra’. ‘Bacalah’. Ramai yang membaca, tetapi bukan dengan nama Allah, kerana Allah dan membawa kepada Allah. Benarlah juga apabila seorang Sahabat Nabi S.A.W berdoa;

Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang yang sedikit.”

Sumber:USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*