Labah-labah Terbang! Kejadian Yang Betul Berlaku Dinamakan Fenomena Hujan Labah-labah

Apa perasaan anda jika melihat labah-labah terbang di udara? Agaknya anda mesti menjerit dan merαsa serαm serta pada masa yang sama juga berasa bingung dan hαiran.

Hal ini kerana fenomena atau kejadian tersebut adalah agak luar biasa untuk kita lihat.Tapi tahukah anda bahawa ianya memang betul-betul berlaku. Tular mengenai Ratusan labah-labah kelihatan di udara di Minas Gerias di negara Brazil. Fenomena luar biasa ini menyebabkan ia menjadi tular di media sosial dan pelbagai andaian diberi oleh netizen seluruh dunia.

Disebabkan itu juga, penduduk di kawasan tersebut menamakannya sebagai fenomena hujan labah-labah.

Video yang tular ini dirakam oleh seorang warga Brazil, Joao Pedro Martinelli Fonseca yang sedang dalam perjalanan bersama keluarganya menuju Espirito Santo do Dourado yang terletak kira-kira 250 kilometer di timur laut Sao Paulo.

Menurut laporan The Guardian, seorang pakar dilaporkan berkata, kejadian ini merupakan satu kejadian biasa yang berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu yang mendadak dan kering di wilayah tersebut.

LABAH-LABAH perangkap atau Moggridgea rainbow kini ditemukan di Australia.

Labah-labah biasanya tidak bergerak jauh ter­utama dari kawasan bertelur, namun labah-labah perangkap atau nama saintifiknya, Moggridgea rainbow mungkin sudah merentasi lautan.

Berdasarkan kajian daripada jurnal PLOS ONE oleh Universiti Adelaide, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan serangga berkenaan sebenarnya tergolong dalam spesies labah-labah perangkap yang sebelum ini ha­nya boleh ditemukan di Gondwana, Afrika Selatan.

“Bagaimanapun, serangga ter­sebut dipercayai berpecah kepada dua kumpulan sejak 16 juta tahun lalu sebelum merentasi Lautan Hindi sehingga ke kawasan perairan Australia dan mewujudkan habitat baharu.

“Dengan penggunaan teknologi jam molekul, pengkaji mendapati kewujudan kumpulan labah-labah perangkap di negara ini, mungkin disebabkan perpindahan menerusi manusia,” menurut kajian tersebut.

Dalam pada itu, para pengkaji menyatakan bahawa kumpulan labah-labah tersebut mungkin merentasi lautan menggunakan ce­bisan tumbuh-tumbuhan serta tanah yang dihanyutkan ke laut.

Labah-labah perangkap membuat sarang di kawasan tebing berhampiran pantai dan bertelur di dalam lubang.

Selepas telur menetas, serangga tersebut akan bergerak beberapa meter dari sarang asal untuk membuat lubang baharu dan seterusnya akan tinggal di dalam­nya untuk selama-lamanya. – AFP

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*