Gaji sebulan RM12,000. Bekerja di negara orang, hati mesti kental, tahan lasak dan tidak manja

Seorang bekas penjual kereta terpakai, Zaquan Ahmad, 28, dari Jitra, Kedah, kini sudah tiga bulan bergelar pemetik buah di benua Australia tanpa sebarang masalah.

Dari sisi lain, tidak semua pemetik buah di Australia hidup mender1ta dan dit1pu ejen, kerana masih ada juga bernasib baik dan berpeluang mengumpul wang yang banyak untuk dibawa pulang ke tanah air.

Berkongsi kembaranya, Zaquan berkata, hasrat berhijrah ke Australia timbul selepas perniagaan kereta terpakainya merudum.

“Lepas perniagaan kereta terpakai susah nak laku tiga bulan lepas, saya dan rakan sekampung nekad berhijrah ke Australia menjadi pemetik buah. Kami tidak gunakan khidmat ejen, pergi sendiri guna visa pelancong.

“Buat masa ini, masih guna visa pelancong tapi sekarang dalam proses dapatkan visa pekerja dan visa perlindungan. Kalau dapat visa Kelas A, tidak perlu mohon visa bekerja sebab automatik dapat, tetapi kalau dapat visa Kelas C kena la mohon permit kerja,” ujarnya.

Bersyukur kerana tidak dit1pu “Alhamdulillah, pendapatan mingguan diperoleh biasanya sekitar AU$500 hingga AU$700 (RM1,500- RM2,140) bergantung kepada kerja.

Kadang-kadang dibayar ikut jam, ada juga dibayar secara kontrak,” jelasnya.

Kata Zaquan, jika kerja mengikut jam dia dibayar AU$14 (RM42), manakala kontrak ia tidak menentu dan bergantung tahap kerajinan.

“Kalau kutip (petik) anggur harganya berbeza kerana ikut jenis buah. Dalam tiga bulan di sini, sudah tiga kali pindah ladang…habis satu tempat pindah tempat lain pula.

“Waktu kerja biasanya jam 8 hingga 5 petang. Di sini, jam 4 petang sudah gelap. Kalau hujan lebat memang tidak boleh kutip langsung,” katanya.

Zaquan yang kini berada di daerah Vict0ria berkata, kerjanya kini kurang rancak kerana musim memetik buah sudah tamat.

“Sekarang masa pulling and rolling atau bersihkan ranting dan dahan anggur kering serta betulkan kedudukan pokok. Kerja ini teruk sikit dan dibayar murah tapi mahu atau tidak kenalah kerja. Di negara sendiri pun kita kerja kan?,” s0alnya.

Bagaimanapun katanya, apabila tiba musim petik buah, upah dalam tempoh seminggu mencecah A $1,000 (RM3,000) boleh menyimpan RM3,00o sebulan.

“Di Malaysia, nak simpan duit sebanyak tu dalam tempoh dua bulan belum tentu lagipun harga barangan di sini murah,” katanya.

Tips & nasihat buat pemetik buah Untuk bekerja di negara orang, hati mesti kental, tahan lasak dan tidak manja.

“Hati kena kental, mula-mula kerja memang susah nak buat duit tapi dah lama, 0K la. Kalau rasa tidak boleh buat kerja teruk sikit, lupakan hasrat mahu jadi pemetik buah.

“Buat masa sekarang, tak ada masalah sangat, lagipun bila dah dapat visa pekerja boleh lanjut lagi temp0h bermastautin di sini untuk dua atau tiga tahun lagi,” katanya.

Jelasnya, kerja memetik buah lasak dan perlukan individu itu berdiri serta jalan jauh.

“Sekarang musim bersihkan ladang dan p0kok anggur, upah bulanan RM6,o00 sebulan. Kebanyakan pemetik buah yang guna khidmat ejen mesti tak tahan lama, ada ditipu datang pada bukan musim buah jadi tak ada kerja,” katanya – Sinar harian

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*