Melihαt Cikgu Sαrαt Mengαndung KeIetihαn, Tindαkan Pelαjαr Tαdikα Ini Buαt Rαmαi Tersentuh

Hati anak-anak yang boleh dijadikan contoh terbaik, maka bertuahlah ibu bapa yang melahirkannya. Kejadian yang berlaku ini sudah pasti menghangatkan hati anda kerana ia berlaku di sebuah tadika di Meizhou, Guangdong.

Jangan fikir kanak-kanak itu hanya budak kecil jadi dia tidak tahu apa-apa. Secara realitinya, tindakan mereka selalu berada di luar imaginasi kita orang dewasa. Apabila orang di sekeliling memerlukan bantuan, terdapat kanak-kanak kecil yang mengambil berat dengan hati tulus mereka, menjaga hati orang dewasa tanpa berkata apa-apa.

Selepas selesai aktiviti luar, anak-anak yang comel ini kembali ke dalam kelas bersama guru mereka dan duduk berehat sebentar untuk mengambil angin.


Jadi, guru tadika ini bergegas bersandar di dinding sambil berdiri untuk menarik nafas buat seketika bagi meredakan keletihannya.

Tetapi guru tadika dalam rakaman video CCTV ini dilihat sedang hamil lebih kurang dalam lingkungan 8 bulan, kelihatan berasa tidak selesa, juga amat jelas dalam keletihan.

Kemudian budak lelaki ini menarik kerusi berdekatan dan meletakkannya di hadapan gurunya. Dia memberi isyarat supaya guru itu duduk seperti mana murid yang lain duduk berehat seketika. Jika anak murid yang lain berasa letih, apatah lagi guru ini yang sedang sarat mengandung. Mungkin itulah yang budak lelaki ini fikirkan.

Tanpa disangka, tiba-tiba seorang budak lelaki dalam kelas itu melihatnya, lalu dia bingkas bangun dan meninggalkan tempat duduknya tanpa sepatah kata.


Guru ini mengingati kembali momen itu dengan berkata, ketika anak muridnya itu menarik kerusi dan berjalan ke arahnya, dia benar-benar tersentuh hati, Tambahnya, kemudian dia terus ke tempat duduknya tanpa berkata apa-apa dengan wajahnya yang dingin, tidak memberinya kesempatan untuk memuji tindakan murah hati yang lembut dan manis itu.

Melihat tingkah laku pelajarnya yang begitu prihatin, guru itu berasa amat tersentuh dengan hatinya yang menghangatkan.

Setelah rakaman video itu didedahkan, ia terus menjadi tular. Netizen memuji tingkah laku budak lelaki ini yang baik budi pekerti, kerana ia benar-benar masuk akal.


Antara Komen wargamaya:

“Tindakan yang menunjukkan teladan baik”,

“Seorang anak lelaki yang berhati hangat dan baik”,

“Siapa ibu bapa budak lelaki yang pandai mengambil hati ini?”

“Benar-benar sangat manis dan comel!”,

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: erabaru / Kalamindah

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*