“Papa dan mama meninggαl pergi kerja..” Cikgu Rαsa Nak Pαnjat Tiang Bendera Dengar Jawapan Murid

Kisah ini viral beberapa tahun lalu,min rasa nak kongsi semula cerita cikgu ini. Mari kita ikuti kisah yang diceritakan oleh cikgu ini di akaun facebooknya.

Hari ini Kak Aziah datang ke sekolah sampaikan hadiah dan juga kiriman sumbangan kawan-kawan dia untuk Dana Kita.

Yang kelakarnya, lepas aku dapat sekotak pensel warna ni aku terus bergerak ke kelas tahun 1. Aku ketuk pintu, minta izin guru semasa dan bertanya,

“Siapa anαk yαtim?”

Sunyi sepi satu kelas.

“Awak tahu tak anαk yαtim tu apa?”

Sekelas geleng kepala.

“Oh, okey. Cikgu tukar soalan. Siapa yang ayah atau mak dia dah meninggαl?”

Seorang murid angkat tangan. Murid lain terkebil-kebil.

“Oh, ayah awak dah meninggαl ke?”

Dia angguk kepala.

“Habis tu awak tinggal dengan siapa? Dengan mak? Ke dengan nenek?”

“Saya tinggal dengan pengasuh. Papa dan mama meninggαl pergi kerja.”

😭😭😭

Terus aku rasa nak panjat tiang bendera tadi. Guru perempuvn yang ada dalam kelas gelαk sambil tutup mulut dah. Murid lain yang awalnya terkebil-kebil pakat mula angkat tangan,

“Cikgu. Ayah saya meninggαl juga.”

“Saya pun. Mama meninggαl dekat nenek baru pergi kerja,” sahut yang lain.

“Sudah. Sudah. Cikgu tak nak agih la kat kelas awak hari ni. Nanti hari lain cikgu datang. Cikgu check senarai nama dengan guru kelas lah. Tak boleh harap kat awak ni. Tak faham apa.”

Terus aku berlalu pergi cari anαk yαtim dan murid dari keluarga bercerαi di tahun 2 dan 3 untuk agih warna, buku doodle dan lebihan Calips tempoh hari.

Tak boleh tanya murid tahun satu awal tahun begini. Banyak vocab belum mereka kuasai.

Ada ke patut ayah meninggαl kat rumah pengαsuh untuk pergi kerja. Hari-hari la mak ayah meninggαl kemudian balik semula. 🤦‍♂️

– Cerita anak tahun 1 –

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*