Caption Je melebih-lebih,Lelaki Ni Cerita Pengalaman Yang Pernah Berlaku Pada Dirinya Ketika Mencari Kekasih Dalam Media Maya

Caption Je melebih-lebih,Lelaki Ni Cerita Pengalaman Yang Pernah Berlaku Pada Dirinya Ketika Mencari Kekasih Dalam Media Maya

Ramai anak muda pada hari ini yang mencari jodoh dengan menggunakan aplikasi cari jodoh kerana kekangan masa sehingga tiada masa untuk bersosial. Bagaimanapun, memang mudah untuk memilih pasangan yang kita mahukan di aplikasi berkenaan, namun kadang-kadang kita ditipu oleh bakal jodoh kita kerana merahsiakan siapa diri mereka sebenarnya.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Cocoh Anthoonesyah Gumay di akaun tiktoknya, lelaki berkenaan mengenali seorang wanita di aplikasi cari jodoh dan dia telah menyimpan hasratnya untuk serius dalam perhubungan mereka.

Namun apabila diajak untuk berjumpa, wanita itu memberi alasan bahawa dirinnya tidak cantik tetapi bagi Gumay, dia tidak kisah mengenai paras rupa kerana yang penting baginya adalah mempunyai akhlak yang baik.

Akhirnya, Gumay bertemu dengan wanita yang disifatkan manis itu. Remuk hatinya apabila mengetahui status sebenarnya wanita yang disukainya. Wanita pilihannya yang ingin dilamarnya itu rupa-rupanya seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita dan lebih mengejutkan lagi rupa parasnya sangat berbeza dari gambar pada aplikasi berkenaan.

Apabila ditanya kenapa tidak membuat panggilan video sebelum berjumpa, Gumay menjelaskan bahawa dia sudah berbuat demikian, namun wajah wanita berkenaan memang tidak sama seperti di dalam aplikasi cari jodoh itu.

Tapi disebabkan niat yang baik dan ikhlas untuk memperisterikannya, lelaki berkenaan terima wanita itu seadanya dan tidak menyangka bahawa wanita itu sebenarnya ‘dua alam’.

 

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa untuk like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*