Inilah Dia Bukti Kebenaran Tentang Kisah Firaun Ditenggelamkan Laut, Roda Kereta Kuda Tunggangan Oleh Firaun Ditemui Di Laut Merah!

Inilah Dia Bukti Kebenaran Tentang Kisah Firaun Ditenggelamkan Laut, Roda Kereta Kuda Tunggangan Oleh Firaun Ditemui Di Laut Merah!

Pada zaman kini ramai yang suka pertikai setiap apa yang dah tertulis, pertikaian ini datang dari non-muslim dan ada orang Islam sendiri pertikai peristiwa besar seperti firaun ditenggelamkan laut merah ini, namun begitu penemuan ini akan menutup semua mulut yang menyangkal kebenaran kisah ini…

77. “Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa. “Pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) di malam hari maka pukullah (buatlah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tidak perlu takut akan tersusul dan tidak perlu khuatir (akan tenggelam),”

78. Kemudiannya Fir’aun dengan balatentaranya mengejar mereka, lalu mereka digulung oleh ombak laut yang menenggelamkan mereka.

79. Dan Firaun telah menyesatkan kaumnya dan tidak memberi petunjuk.”
( Surah Taha ayat 77,78,79 )

Ayat di atas menceritakan bagaimana kisah Firaun mengejar Nabi Musa terjadi sehingga akhirnya Allah SWT menurunkan mukjizat kepada Nabi-Nya dan kemudian Firaun ditenggelamkan oleh Allah SWT di dalam sebuah lautan. Menurut kajian lautan yang dikatakan merupakan tempat di mana laut terbelah adalah di Teluk Aqaba, Nuweiba. Tahun lalu, saya berkesempatan mengunjungi Nuweiba yang terletak di kawasan Sinai di seberangnya pula aliran laut merah. Di seberang Laut Merah kita dapat melihat dengan jelas bumi Jordan, P@lestin (Isr@el) dan Arab Saudi. Subhanallah, air yang tenang rupanya menyimpan seribu satu rahsia khazanah sejarah. Patutlah ianya menjadi rebutan Isr@el sehingga kini. Menurut penyelidikan, seorang ahli arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 mengatakan bahawa dia telah menemui beberapa bangkairoda kereta tempur kuno didasar laut merah.

Menurutnya, ini mungkin bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan ketika kereta itu digunakan untuk mengejar Nabi Musa dan pengikutnya. Menurut pengakuannya, dia juga menjumpai beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt dan pasukannya juga menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan ini tentunya menyokong dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di Laut Merah. Universiti Stockhlom kemudian telah membuat kajian terhadap beberapa sisa tulang belulang yang dijumpai itu. Maka, hasilnya benar bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang itu telah berusia sekitar 3.500 tahun yang lalu, yang bersamaan dengan tahun dinasti Mesir kuno. Bagi menguatkan dakwaan itu, menurut kajian sejarah pula peristiwa terbelahnya laut itu juga berlaku dalam kurun waktu yang sama.

Alhamdulillah semoga perkongsian ini mendekatkan kita dengan ALLAH maha pencipta, dan sentiasa mengingatkan kita dengan m@ti dan ki@mat yang tiba pada bila-bila masa.

Harap tuan/puan dapat like dan share artikel ini kepada rakan-rakan lain mudah-mudahan bertambah ilmu kita bersama!

Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat

BB: Semoga kita semua menjadi orang yang baik di sisi Allah SWT.

Sumber: HARMAGIDUN

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*