Baru Setahun Berkahwin, Hamil 7 Bulan Suami M4ut Terlibat Kemalangan

Fasa kehamilan merupakan fasa yang paling bermakna buat mana-mana pasangan kerana tidak lama lagi mereka akan bergelar ibubapa. Pada fasa ini, pastinya segala benda akan dijaga dengan sebaiknya bagi memastikan anak yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna.

Namun, perancangan Allah S.W.T mengatasi segala-galanya. Perancangan pasangan muda ini adalah mereka ingin sama-sama membesarkan anak yang bakal dilahirkan dengan sebaiknya.

Perancangan Allah S.W.T pula adalah jodoh mereka didunia setakat ini sahaja. Suami m4ut dalam sebuah kemalangan jalan raya sewaktu kandungan si isteri berusia 7 bulan.

Itulah yang berlaku kepada pasangan ini, Allahyarham Muhammad Syamil Izzat dan isterinya, Nurul Fatimah Az-Zahra. Kisah mereka telah dikongsikan oleh rakan kepada si isteri yang lebih mesra dipanggil Ara.

TAK SEMPAT PINDAH RUMAH BARU

Kisah yang dikongsikan menerusi akaun Facebook, Izzah Ali ini menceritakan mengenai hasrat Ara yang sedang merancang untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama bersama-sama suami.

Namun, hasrat tersebut hanya tinggal kenangan. Arwah Izzat telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu menunggang sebuah motosikal di Cyberjaya.

Izzah juga ada mengatakan bahawa pasangan tersebut merancang untuk berpindah ke rumah baru di Klang.

Hal ini kerana arwah Izzat telah mendapat tawaran pekerjaan baru di sana. Pasangan ini baru setahun lebih mendirikan rumah tangga.

“Ara kuat demi baby okay…”

Ara kuat demi baby okay 💪🏻👶🏻🥺 kandungan dalam perut ara baru 7 bulan .. Arwah izzat pergi di bulan mulia 17 Ramadan🌙 Allah hadirkan anak & Allah ambil suami , baiknya Allah ✨

semoga cinta mereka bertemu semula disyurga aamin ❤️ moga arwah Izzat Syamil ditempatkan dikalangan org2 yg beriman Al-Fatihah 🤲🏻 15 Mac 2020 – 29 April 2021 💍 1/8 🍂

Demikianlah apa yang ditulis di laman Facebook Izzah Ali. Nukilan ringkas buat sahabatnya yang sedang dalam ujian yang sangat berat.

VIDEO:

https://youtu.be/xgE0sMpBPRA

 

“Harap muka anak persis suami..”

Begitulah doa dan harapan Ara serta warganet supaya anak yang bakal dilahirkan nanti ada iras arwah suaminya. Sekurang-kurangnya dapat si anak menjadi pengubat rindu si ibu terhadap arwah.

“Tak boleh benda-benda macam ni..”

Ada juga warganet yang meninggalkan komen bahawa dia memang tidak boleh apabila melihat peristiwa sebegini berlaku. Pasti akan rasa sedih yang teramat sangat.

WARGANET BERKONGSI PENGALAMAN

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri yang kehilangan suami tercinta.

Ada yang suaminya pergi tinggalkan mereka di saat tengah berpantang, mahupun tengah hamil. Memang perit untuk dirasa, dan hanya yang pernah mengalami sahaja boleh gambarkan perasaan yang sama.

Semoga Ara kuat demi bayi yang bakal dilahirkan. Jagalah peninggalan daripada arwah dengan sebaiknya. In shaa Allah satu hari nanti keluarga ini akan disatukan kembali di syurga.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

SUMBER : FB IZZAH ALI

Leave a Comment

error: Content is protected !!