[VlDEO]Aksi ComeI Anak Beruang Mαin Lamborghini Sampai Tercαbut Pintu

Jika kita terjumpa calar kuku kucing pada badan kereta bakal membuatkan hati anda sαkit,mαrah dan tidak dapat lelapkan mata.

Itu jika kereta anda biasa-biasa saja, bayangkan jika ia berlaku pada model lebih mahal misalnya supercar. Mungkin sakit hαti lebih bergαnda. Sekiranya itu yang anda rasαkan, barangkali anda tidak cukup kaya.

Ini kerana orang kaya di Dubai dan bintang media sosial bernama Humaid Albugaish slumber membiarkan haiwan peliharaan eksotiknya menaiki kenderaan-kenderaan miliknya.

Seperti dalam satu video ini yang menunjukkan Humaid cuba memancing anak beruang peliharaannya dengan sebuah epal di kerusi pemandu Lamborghini Huracan Performante.


Cermin penumpang dibuka untuk membolehkan anak beruang itu masuk. Sebelum ini Humaid pernah melakukan aksi sama menggunakan kereta mewahnya yang lain.

Namun, kali ini lain pula terjadi. Ketika anak beruang berkenaan cuba memanjat masuk, tiba-tiba pintu supercar berkenaan tercabut. Lebih lucu, mungkin terkejut dengan apa yang berlaku atau bimbang dimarahi anak beruang itu terus melarikan diri.

Jika itu berlaku pada pemilik lain mungkin anak beruang itu akan dimarahi namun tidak bagi orang kaya Dubai. Dia hanya ketawa dan menganggap situasi itu lucu sambil memegang pintu yang sudah tercabut.

Menerusi laman Instagram, Humaid memiliki zoo di kawasan rumahnya dan beberapa kenderaan mewah antaranya Lamborghini Urus, Rolls-Royces Wraith dan Phantom, Lamborghini Huracan dan Gallardo, Mercedes SLS AMG, Ferrari LaFerrari dan McLaren P1 Roadster.

Antara binatang peliharaan miliknya beberapa beruang dan anak beruang, singa betina putih, harimau, ular dan beberapa spesies monyet.

Humaid cukup terkenal dalam media sosial bukan sahaja pengumpul jentera-jentera mewah tetapi memiliki koleksi haiwan peliharaan eksotik.

Kredit:motoqar.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*