Adik Kepada Allahyarham Benjy Berkongsi Momen T3rakh1r, Pernah Pesan Tak Perlu Bawa Balik Jen4zah

Adik Kepada Allahyarham Benjy Berkongsi Momen T3rakh1r, Pernah Pesan Tak Perlu Bawa Balik Jen4zah

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dilaporkan telah men1ngg4l dunia semalam di sebuah hospital di Medan, Indonesia. Tak dinafikan, p3merg1an Allahyarham meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat ahli keluarga.

Terbaru, adik Allahyarham iaitu Inessa Irdayanty menyifatkan abangnya itu seorang insan yang sangat baik, bertanggungjawab dan banyak berkorban untuk adik-beradik.

Pernah pesan, jangan bawa pulang jenazah

Memetik laporan Astro Awani, menurut Inessa sepanjang Allahyarham abangnya berada di Medan, Indonesia, mereka ahli keluarga serta ramai rakan artis dan beberapa pihak lain ada mengirimkan wang kepada Allahyarham untuk tujuan perubatan seperti membeli ubat, kos rawatan dan sebagainya.

Lebih menyedihkan apabila Inessa memaklumkan Allahyarham abangnya itu pernah memberitahu sekiranya terjadi apa-apa kepadanya, ahli keluarga tidak perlu membawa jenazahnya pulang.

Tapi dari dulu lagi Ben dah pernah pesan dekat kitaorang, sebelum Cov1d lagi. Memang dah lama. Dia pesan kalau apa-apa jadi dekat Ben dekat sana, tak payah nak bawa balik jen4zah ke sini. Sedekahkan Al-Fatihah, biar tan4m dekat sana. Jadi dia memang dah wasiat dekat kitaorang dari dulu lagi.

Menurut Inessa, kali terakhir dia berhubung dengan Allahyarham sekitar minggu lepas iaitu ketika hari jadinya.

Momen terakhir dengan dia baru minggu lepas sebenarnya sebab saya punya birthday minggu lepas. Dia hantar voice mesej nyanyi birthday song. Dia cakap ‘I love you Iness’ dan then saya jawab I love Ben, thank you very much’

Seorang abang yang baik

Bercerita dengan lebih lanjut, Inesaa memaklumkan kehidupan Allahyarham ketika zaman persekolahan sama sekali tidak seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.

Sejak dia berumur 9 tahun, setiap hari selepas balik sekolah, dia akan bantu mama untuk jaga kami seperti tolong salin lampin dan suap makan. Dia (Benjy) akan jaga kami seperti anak dia sendiri dan terus buat perkara sama sehingga kami besar.

Sementara itu, Inessa dan kakaknya, Elza (adik Benjy) mengakui sangat terhutang budi dengan kebaikan dan pemg0rban4n yang dilakukan Allahyarham buat mereka sekeluarga. Kasih sayang dan keprihatinan yang diberikan Allahyarham memang tiada tolok bandingnya. Jelasnya lagi, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kes1lap4n begitu juga dengan Allahyarham Benjy.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Semoga Dimurahkan Rezeki

Sumber:ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*