Abby Abadi Kongsi Cara Didik Anak Perempuan Tutup Aurat

Menerusi Ig, Abby Abadi berkongsi beberapa cara bagaimana dia mendidik anak-anak perempuannya agar sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan penjagaan aurat.

Abby berkata sejak anak-anaknya masih bayi lagi sudah didedahkan dengan didikan agama sejak bayi supaya memiliki perasaan cinta dan sayang terhadap Allah.

Bagaimana caranya?

Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji ALLAH. Apabila selalu disebut dan didengarkan dengan nama2 ALLAH, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai ALLAH

Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil

.
Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yg keterlaluan. Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri utk berpakaian seksi…
.
Menutup aurat atau Bertudung

Boleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah..tp jgn terlalu memaksa

Paling penting: Hantar ke sekolah yg baik dan memberi pendidikan dunia akhirat juga. Sebab akan jadi rutin anak2 bila sentiasa belajar tentang ALLAH, Muhammad dan ISLAM, akan terbentuk lah peribadi Umat Muhammad

inshaallah bila kita usaha sebaik dan semampu kita, ALLAH akan permudahkan dan bg jalan

“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan Allah sejak bayi lagi. Ada yang tanya pada saya macam mana didik anak-anak perempuan boleh bertudung atau menutup aurat seawal usia.

“Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai umat Islam perkenalkan Allah kepada anak kita seawal bayi lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, turut menasihati ibu bapa agar mendedahkan anak-anak dengan cara pemakaian yang sopan agar ia menjadi kebiasaan.

“Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji Allah. Apabila selalu disebut dan didengarkan dengan nama-nama Allah, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai Allah.

“Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil. Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yg keterlaluan.

“Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri utk berpakaian seksi,” katanya.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pelakon itu serta memuji didikan Abby buat kedua anak gadisnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*