Apabila berlaku ahli keluarga meninggal dunia, kebiasaan ahli keluarga akan menyedekahkan pakaian peninggalan arwah kerana tidak sanggup memakainya.
Namun hakikatnya, pakaian tersebut tidak boleh terus disedekahkan kerana ia telah menjadi harta pusaka.
Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus ketika menjawab soalan seorang lelaki mengenai koleksi 164 helai tudung arwah isterinya. Lelaki itu bertanya sama ada tudung tersebut boleh disedekahkan atau perlu dibahagikan mengikut faraid.
Ustaz Azhar Idrus menegaskan bahawa semua barangan yang boleh digunakan dan memberi manfaat, termasuk pakaian, adalah harta pusaka dan wajib difaraidkan, bukan terhad kepada duit, emas, tanah atau rumah sahaja.
Beliau memberi contoh, selipar sepasang atau sudu walaupun murah tetap dikira harta pusaka kerana boleh digunakan. Namun, jika semua waris bersetuju, barulah barangan tersebut boleh disedekahkan.


Leave a Reply