Ramai Tak Tahu, Wings Ditubuhkan Oleh Sekumpulan Pelajar Dari Sekolah Menengah Ampang

Ramai Tak Tahu, Wings Ditubuhkan Oleh Sekumpulan Pelajar Dari Sekolah Menengah Ampang

Itu luahan vokalis kumpulan rock tersohor Wings, Dato’ Awie yang meluahkan rasa syukur selepas tiket Konsert Wings yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 15 Julai depan habis dijual dalam tempoh 15 minit.

” Terima kasih kepada semua yang sokong kumpulan Wings tak henti-henti, hari ni dalam sejarah 15 minit tiket habis dijual, Alhamdulillah”

Berbalik kepada cerita Wings, pastinya ramai yang belum tahu sejarah penubuhan Wings sehingga mampu menjadi antara kumpulan rock paling diminati di Malaysia.

Wings ternyata masih mempunyai peminat setia yang ternanti-nanti konsert mereka, sebagaimana 2 konsert Search sebelum ini yang mampu menarik ribuan penonton.

Sejarah Wings

Di situ lima orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah.

Sejarah penubuhan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur.

Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka telah mendapat kata sepakat untuk mendendangkan lagu berirama Rock ‘N’ Roll di sepanjang persembahan mereka.

Ketika itu bermula dengan kelahiran kumpulan kugiran walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Ilham penggunaan nama Wings (Dalam terjemah dewan bahasa ‘Sayap-Sayap’) sebagai nama kumpulan itu dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegur otot dan lengannya kelihatan seperti ‘Sayap atau Kepak’ (Dalam terjemah Bahasa Inggeris ‘Wing’).

Lima remaja muda ini ialah Awie, Syam, Baharom, Zul dan Jojet telah bersepakat untuk membentuk sebuah kumpulan kugiran yang di beri nama kumpulan Wings dimana nama kumpulan tersebut adalah nama yang terbaik dan pilihan paling tepat buat mereka.

Maka dengan itu lahirnya kumpulan Wings.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah syarikat label ASP dan nama Wings digunakan sebagai nama kumpulan ini.

Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Baharom dan Zul membawa haluannya yang tersendiri, manakala Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang.

Wings telah mendapat kata sepakat untuk mengurangkan satu kekosongan anggota untuk menjadikan empat orang anggota sahaja di dalam kumpulan ini.

Wings bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama yang dikeluarkan pada tahun 1987 dengan bantuan dua anggota gantian iaitu Eddie (Anggota baharu) menggantikan tempat Zul manakala Black (Bekas pemain dram kumpulan Babylon) pula menggantikan tempat Jojet selain Awie dan Syam adalah selaku anggota asal.

Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair.

Wings tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupun ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan nyanyian yang bertenaga serta di bantu oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti M. Nasir, J. S Kevin, Bob Lokman adalah pertarungan pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan.

Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak di benar penyiarannya di radio dan televisyen oleh Radio Television Malaysia (RTM) namun pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang ‘Belenggu Irama’.

Lagu seperti ‘Belenggu Irama’, ‘Intan Ku Kesepian’, ‘Biarkan Berlalu’, ‘Inspirasi Taming Sari dan ‘Peronda Jaket Biru’ adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia.

Pihak (RTM) tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu Wings atas alasan lirik lagu dan imej pakaian Wings dikatakan keterlaluan dan tidak mengikut syarat piawaian yang ditetapkan untuk di siar di kaca televisyen.

Satu pencapaian impak yang lebih hebat dari pencapaian jualan album pertama dan kedua kumpulan Search yang merupakan kumpulan rock nombor satu negara sebelum album Fenomena dikeluarkan.

Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 180, 000 unit.

Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sering diadakan di tapak-tapak fun fair dan expo yang sentiasa mencuri perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Kemasukan Joe dalam kumpulan Wings

Tempat Tham di ambil alih oleh Joe, seorang pemain gitar utama tangan kiri berusia belasan tahun yang juga merupakan bekas pemain gitar utama kumpulan Scandals.

Tetapi pada tahun 1988, pengunduran dan pertukaran anggota Wings berlaku apabila Sham adalah selaku pemain gitar utama telah menarik diri untuk menyertai kumpulan CRK dan kekosongan itu digantikan oleh Tham namun beliau tidak kekal lama serta tidak sempat mengeluarkan album seterusnya bersama Wings.

Joe membuktikan bakatnya yang sedia ada di dalam dirinya sebagai pemain gitar utama menerusi album kedua Wings berjudul Hukum Karma yang dikeluarkan pada tahun 1988.

Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar utama.

Konsert Wings yang menyerlah di tapak-tapak fun fair dan expo menjadikan kumpulan ini semakin meningkat popularitinya.

Bon Lokman pengurus Wings

Wings telah mengambil keputusan muktamad untuk memilih menjadi artis Bertelsmenn Music Group (BMG) Malaysia. Wings berjaya mencipta populariti sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Search dan Lefthanded.

Pengurus Wings adalah Bob Lokman dari tahun 1985 hingga 1989. Kemudian ia di ambil alih pula oleh Ali Bakar sebagai pengurus Wings.

Album Teori Domino muncul pada tahun 1990. Lagu Sejati sekaligus membawa Wings menjadi kumpulan rock paling popular.

Sejak album teori domino dikeluarkan, Wings tidak lagi layak untuk mengadakan konsert di tapak-tapak fun fair sebaliknya konsert mereka yang semakin bertaring dan berbisa, ia harus diadakan di tempat lebih besar.

Tahun seterusnya, 1991 album Jerangkung Dalam Almari dipasarkan. Nama Jojet sekaligus semakin naik secara impak dan serasi bersama Wings.

Dalam ketika itu Wings secara tiba-tiba di landa dugaan apabila Black mengambil keputusan untuk keluar dari Wings. Tempat Black digantikan oleh anggota asal WIngs iaitu Jojet (Bekas pemain dram kumpulan Gersang).

M. Nasir kata Wings nombor satu, Search pun sukar tandingi

Search tetap memberi persaingan sengit untuk menentukan kedudukannya sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Di tambah lagi Wings menguasai pentas dan jualan tiket konsert di serata tanahair berbanding kumpulan-kumpulan rock yang lain termasuk Search.

Setelah album tersebut yang mengandungi lagu ‘R N R Lu Punya Suka’ dipasarkan M. Nasir telah menulis bahawa Wings adalah kumpulan rock nombor satu paling popular di tanahair dan artis berkumpulan yang paling sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis berkumpulan tanahair temasuk Search, tetapi Search menepis dakwaan M. Nasir itu.

Sumber: fb rock kapak 80’an

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!